Cinta Accident 15

14 0 0
                                    

"Ehsan, aku rindu Mala." Harish meluahkan perasaannya sambil matanya dihalakan ke lautan tengah.
Kawan baik isterinya senyap, dia pasti lelaki itu mendengar apa yang diucapnya. "Kadang kala coleteh Harvind menguatkan lagi rinduku padanya. Aku kesian kat anak itu membesar tanpa ibu. Annamikka memang ada sebagai penganti tapi berapa lama?"
"Ya kita tidak boleh terus menerus mengharapkan dia. Satu hari nanti dia perlu dikahwinkan. Jika tidak nanti mendiang bapanya tidak tidak tenang disana," luah Ehsan mengiakan kata-kata sahabatnya itu. Matanya melirik ke arah lelaki yang duduk enam kaki dari mereka.
Entah kenapa jauh di hatinya mengatakan lelaki itu secocok dengan Annamika. Aura lelaki itu buatkan dirinya tertarik untuk mengenalinya lebih dalam.
"Apa kata kau cari ibu baru untuk Harish. Selesai semua masalah," tokok Ehsan tangannya ligat menarik jala yang ditebarnya. Pelbagai jenis ikan tersangkut pada jala itu.

Perkataan ibu baru jelas dipendengaran Jeeva. Siapa yang nak kahwin lagi? Harvind atau Ehsan? Kalau Harvind? Apakah dia mahu menduakan Annamikka? Dia tidak akan setuju sama sekali wanita yang dicintainya dilukakan.

Walaupun Annamikka tidak terjodoh dengannya. Itu tidak bermakna orang lain boleh menyakitkan wanita itu. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

"Ada ikan duyung minta kahwin ya?" usik Ehsan yang melihat lelaki mengelengkan kepala ke arah laut.

Berkerut-kerut dahi Jeeva.

"Saya nampak Nathan mengeleng kepala ke arah laut. Itu yang saya tanya. Manalah tau kat mata Jeeva aje nampak ikan duyung sedang menggoda dan melamar suruh mengahwinnya," usik Ehsan menghadiahkan senyuman sinis.

"Tarapapa. Abang Ehsan nak kahwin lagi?"

Bulat mata lelaki bersama jala ditangan. Ketawa bapa Harish pecah.

"Opss sorry. Bukan nak menyibuk tapi perkataan kahwin lagi satu itu dibawa angin ke telinga saya," jawab Jeeva dengan wajah selamba.

"Jangan dilayan sangat Encik Ehsan tu. Mengarut saja sejak kebelakangan ini," balas Harvind masih lagi mengetawakan lelaki dengan jala.

"Aku rasa lebih baik kita bergerak balik sekarang."

"Abang Ehsan merajuk?"

"Bukan merajuk tapi lihat awan hitam itu. Saya takut kita tidak sempat ke darat," raut kebimbangan jelas pada wajah itu.

Berguling-guling Harish bersama wanita yang dipanggil amma di atas pantai hotel itu. Gelak ketawa mereka berdua menarik perhatian pekerja hotel Ayodha.

Mata Annamikka ralit memandang ke arah mereka berdua. Persoalan siapa wanita itu kerap berlegar dalam pemikirannya. 'Tadi datang dengan penuh berlagak tanya laki itu. Kata bakal isteri. Sekarang jadi amma pulak untuk budak itu. Perempuan tu ada penyakit split personality."

"Siapa yang ada penyakit itu, Anna? Mana Harish," tanpa menoleh Annamikka kenal pemilik suara itu.

Tanpa bersuara, adik Harvind menunding jari ke arah pantai. Ibu mertua mengecilkan mata memandang ke arah yang ditunding. "Siapa wanita itu?"

"Entah... Tiba-tiba Harish panggil wanita, amma. Pelik.

" Amma! Dia rindukan Mala kot. Dah dua tahun Mala pergi. Aku pun rindu Mala," Lirih suara Mak Cik Radha. Anamika melangkah ke arah wanita, memeluknya.

"Patti..." suara si kecil itu menyedarkan mereka.

"Patti, tengok amma sudah datang balik," jerit Harish kemudian lari semula dan menjatuhkan diri atas wanita.

Kedua-dua wanita itu kaku. Kavitha turut melontarkan pandangan ke wanita- wanita yang kaku itu. Bibirnya mengukirkan senyuman buat mereka. Harish berlari memeluk kakinya.

Cinta AccidentWhere stories live. Discover now