Cinta accident

115 5 2
                                    


2015

Suasana di Jabatan Kecemasan, riuh dengan pelbagai emosi dan ragam manusia. Ada yang menangis, ada yang duduk termenung dan tidak terlepas yang bercakap telefon sambil berjalan berulang-alik. Di hujung jabatan kecemasan itu kelihatan seorang wanita muda,sedang meraup mukanya. Air mata yang mengalir di seka dengan tisu ditangan.

"Anamika!" Suara itu membuatkan wanita itu menoleh.

"Papa, Mika tak sengaja langgar orang itu. Dia yang masuk laluan saya, papa. Mika takut papa. Mika tak nak dia mati. Mika tak nak jadi pembunuh papa," wanita yang dikenali sebagai Anamika atau Mika mengadu kepada papanya sambil menyembam wajahnya di dada itu.

"Tak pa, papa dah jumpa dengan Sarjan Amri. Dia kata Mika tak bersalah, cuma penunggang itu cuai langgar lampu merah," Encik Durai menenangkan anak tunggalnya. Air mata di wajah anaknya diusap perlahan.

"Encik Durai. Ini keluarga lelaki itu. Dato Velan dan Datin Saras," diperkenalkan kepada papanya. Dari tag nama, Anamika tahu itulah Sarjan Amri yang disebut oleh papa tadi. Deria penglihatannya dialihkan kepada pasangan suami isteri. Si suami kelihatan sugul manakala si isteri pula menyeka air mata yang mengalir sambil bercakap dengan papa. Tiba-tiba wanita itu rebah,tapi sempat disambut sebelum menyebam lantai di jabatan itu. Wanita itu, didudukkan sebelah Anamika. Suara suaminya memujuk boleh di dengarinya.

"Kenapa dia begitu marah dengan saya? Saya cuma nak terbaik untuk seperti abang dia, Ganesh. Kenapa Jeeva perlu ambil keputusan seperti ini?" bertalu-talu soalan ditujukan kepada suaminya. Air matanya sudah tidak mampu dibendung lagi, dibiarkan mengalir. Begitu sedihnya, hati seorang ibu.

Anamika hanya memandang pasangan itu, perasaan bersalah menyerbu hatinya. Lagi pedih bila melihat air mata wanita itu. Dia juga mengalirkan air mata, pada masa yang sama otaknya sedang mencari jawapan soalan wanita itu.

"Waris keluarga Jeeva" panggil seorang wanita berpakaian biru, mask dan stestekop bergantung di bahu kiri.

"Ya, kami warisnya." Sahut suami isteri serentak di tepi Anamika sambil bangun menghadap doktor itu.

"Tuan dan puan sabar ya. Encik Jeeva perlukan pembedahan dengan kadar segera. Ketika kemalangan tadi, besi penghadang jalan tercucuk dan hampir kena dengan buah pinggang sebelah kanan. Pembedahan ini untuk mengelakkan buah pinggangnya dijangkiti kuman. Kami perlukan kebenaran dari pihak tuan untuk melakukan pembedahan. Kalau setuju tolong tandatangan di kawasan ini," terang wanita berbaju biru tadi sambil menunjukkan borang yang perlu ditandatangani.

"Dr Laili sudah berbincang dengan waris Encik Jeeva?" soal lelaki yang keluar dari bilik yang ditempatkan lelaki yang dilanggarnya. Dari gaya pakaian lelaki itu Anamika tahu yang dia adalah pembantu pegawai perubatan dan juga nama doktor wanita itu.

"Sudah Ikmal. Boleh panggil Mr.Loh pakar anesthetic. Jangan lupa panggil Mr.Irwan, orthopedist on-call hari ini," arah doktor wanita lembut tapi tegas.

Sudah tiga jam berlalu, pembedahan terhadap lelaki yang dilanggar sudah berjaya. Doktor memberi keyakinan bahawa anak teruna Dato Velan akan sedar selepas dua puluh empat jam selepas kesan bius hilang. Anamika berdiri dihadapan lelaki itu, diperhatikan badan itu disambung dengan wayar pelbagai warna dengan mesin-mesin ditepinya. Hatinya diratap pilu. Dia mendoakan agar lelaki itu sedar dan menjalankan hidupnya seperti biasa.

"Aunty... Uncle... Saya minta maaf kerana saya melanggar dia. Saya tak sempat nak break, semuanya berlaku dengan cepat. Saya tidak berniat untuk langgar dia," Anamika memohon maaf ditemani papanya.

"Bukan salah awak anak. Jeeva yang cuai, langgar lampu merah. Kami tak marah pun dengan kamu. Aunty yakin sangat dia akan kembali normal seperti dulu. Tidak perlu risau nak," balas Datin Saras sambil mengelap air mata gadis itu.

Dari mula menjejaki kaki di Unit Kecemasan, dia perhatikan gadis itu. Mata bundar itu murah dengan air mata. Kemusykilan timbul juga dihati, tapi segan untuk bertanya sebabnya. Nanti tidak pasal dicop sebagai 'kepohchi'. Tetapi bila sekajap tadi gadis itu berlutut memohon kemaafan menyentuh jiwa ibunya.

'Kan bagus kalau, gadis macam ini yang menjadi pilih Jeeva. Sopan, comel, lawa dan paling penting hatinya. Tapi apakah daya Latha, anak abangnya juga jadi pilihan hati anak teruna aku,' bisik hati Datin Saras.
























Cinta AccidentWhere stories live. Discover now