Cinta Accident 13

13 1 2
                                    

Bunyi bising dari lobi menganggu konsentrasi Annamika.  Kiraannya terbantut. Dia menyandar pada kerusi sambil  menutup mata.
"Adik nak jus buah delima atau nenas?" Kehadiran Chef Anas membuatkan bibirnya melengkung keatas.
"Jus delima. Apa bunyi bising  kat bawah?"
Belum sempat lelaki itu buka mulut, panggil telefon membuatkan Annamikka meluru ke tingkat bawah.
Di kaunter menyambut, kelihatan seorang wanita bergaun hitam dan rambut perang rebounding hingga paras pinggang bersama beg troli warna biru.
"Maaf, boleh saya bantu cik?"
Sekilas pantas wanita itu menoleh, secara jujur wanita dihadapannya sungguh cantik tanpa cacat cela. Gaun hitam dengan sulaman benang perak menaikkan lagi seri pada wajah itu.
"Awak siapa?" Sergah wanita itu.
"Saya Annamikka. Pengurus di sini," jawabnya sedikit terkejut dengan reaksi wanita yang dipujinya sebentar tadi.
"Ini receptionist awak tak benarkan saya masuk ke bilik bakal suami saya. Saya nak buat kejutan untuk dia," herdik wanita itu lagi. Kali dia mengetuk kaunter itu beberapa kali.
"Cik kami polisi pelanggan. Iaitu tidak mendedahkan apa-apa maklumat mereka.  Susah untuk saya membantu cik dalam hal ini," terang Annamikka perlahan. Mengharapkan wanita dihadapannya memahami skop kerja mereka.
"Saya tak mahu maklumat pasal dia tapi saya nak kunci biliknya," wanita itu mula mengendurkan suaranya. Mungkin penat mengherdik orang.
"Cik, begini saya cadangkan cik bagi kejutan luar bilik. Pihak kami akan bantu cik. Buat masa sekarang cik diami dulu di bilik lain berhampirannya. Pihak kami akan sediakan sebiji kek dan meja untuk dua orang. Ala-ala candle light dinner. Makanan atas puan. Bilik yang bakal cik tinggal sekarang bayar separuh," Annamikka cuba berdiplomasi dengan wanita itu. Walaupun dia tahu berbuat demikian membawa kerugian tapi wanita dihadapannya perlu ditenangkan.
Keadaan di lobi menjadi sepi. Wanita cantik itu sedang mempertimbangkan tawaran yang diterimanya. Pada mulanya dia enggan menerima tawaran itu tapi kepala mengagguk dulu sebelum mulutnya bersuara.

"Amma... Amma..." Kehadiran Harish dengan panggilan itu. Membuatkan semua orang di ruangan itu  tergamam. Lagi mengejutkan bila budak lelaki lelaki itu meluru dan memeluk wanita yang  membuat kecoh sebentar  tadi. Semua di sana menganga mulut melihat adegan itu. Senyap.
"Amma... Kenapa tinggalkan Harish dengan Appa.  Amma tidak sayang saya?" Laju benar mulut si kecil berkata-kata hingga meninggalkan kesan pada mereka.
"Tapi Harish sayang amma. Sayang sangat," senyap wanita itu melihat reaksi budak itu. Hati wanitanya tersentuh peristiwa tiga tahun lalu menerpa mindanya.
"Harish, mari kat mama. Kita pergi cari Patti.  Jangan kacau aunty. Aunty penat sayang," pujuk Annamikka sambil menarik  anak abangnya mendekati dirinya.
"Tak Harish nak ikut amma. Amma jangan tinggalkan Harish,"  tangisan Harish betul-betul membuatkan semua orang menahan sebak.
"Harish jangan buat macam ini sayang," pujuk Annamikka sambil menarik anak saudaranya.
"Jangan tarik.  Sakit tangan dia," akhirnya wanita yang dipanggil amma itu bersuara. Dengan perlahan dia menolak tangan Annamikka dari mengenggam budak itu.
"Kenapa hero amma ini? Sudah jangan menangis lagi. Amma pun sayang hero," ucap wanita, mengucup dahi budak kemudian memeluknya. Walaupun perlahan jelas dipendengaran setiap orang di lobi itu. Semua terharu melihat adegan itu. 
"Harish..."
"Biarkan dia bersama saya," wanita itu mendahului Anamika. Tanpa perasaan kekok wanita itu mendukung budak tiga tahun itu.
"Bilik saya?"
"Siapa nama bakal suami cik dan siapa nama cik?" Soal Haida receptionist yang bertukar ketika itu.
"J.Nathan atau Jeeva Nathan dari syarikat JN Builder's. Saya Kavitha," jawab wanita sambil mengagah Harish ketawa.
Bagaikan dihiris sakitnya bila mendengar nama bakal suami wanita itu. 'Patutlah sudah ada calon rupanya. Pasal itu dia tidak menghiraukan saya. Hmmm nama pun lelaki pilihan mereka banyak,' bisik hati Anamika. Kecewa.
Selepas proses pendaftaran Harish membuntuti wanita yang dipanggil amma ke bilik penginapan. Anamika cuba menahan tapi teriakan membuatkan membatalkan niatnya.
"Tidak perlu risau saya bukan penculik kanak-kanak. Boleh saya tanya sesuatu?" Tanya Kavitha matanya memandang sekeliling bilik itu.  Hanya anggukan menjadi jawapan ketika itu.

"Awak bukan emak kandungnya kan?" Soal Kavitha, matanya tidak lekang dari memandang anak kecil itu. Naluri ibunya sudah bangun dikala budak itu memanggilnya Amma. Rasa tenang sangat.
Bukan main terkejut Annamikka bila mendengar soalan wanita yang dipanggil amma oleh anak sedaranya.
"Awak janganlah risau. Saya akan bertanggungjawab pada budak kecil. Saya akan jaga dia seperti anak saya. Awak pergilah buat kerja. Nanti kami akan turun ke lobi," terasa rimas pula bila sadar wanita itu masih menunggu dihadapan biliknya. 

Cinta AccidentWhere stories live. Discover now