"Amma."
Satu kucupan singgah di pipinya. Bibirnya melengkung keatas. Budak lelaki berusia 4 tahun itu melahirkan rasa sayangnya pada wanita yang baru ditemui beberapa jam tadi."Amma kenapa tinggalkan Harish dengan Appa?" Soal anak kecil itu. Kedua-dua tapak kecil itu memegang pipi wanita itu. Mata mereka bertentangan.
Soalan budak menyentuh jauh dalam hatinya. Lantas dia cium hidung budak itu " Amma bagi peluang untuk Appa menjaga Harish." Tangannya pantas mengeletek budak itu. Suara ketawa memenuhi ruangan bilik itu.
Selang sepuluh minit bilik itu senyap terus. Kavitha mendakap budak berumur empat tahun itu dan mereka tertidur dalam posisi itu. Perjalanan dari kota Metropolitan ke pulau itu benar-benar memenatkan. Kehadiran Harish meredakan seketika tapi kini kedua-dua mereka sudah penat.
Ruang makan, biliknya, kaunter dan dapur sudah berpuluh kali dia keluar masuk. Berulang kali. Semua staf yang bertugas sesi pagi agak pelik dengan sikap Annamikka. Selalunya adik kepada CEO itu tidak bersikap begitu. Hari ini memang pelik.
Lebih kurang pukul 2.00 petang wanita misteri turun ke kafeteria bersama anak abangnya melegakan hatinya. Tersentuh hatinya melihat keakraban mereka. Mengingatkan mediang kakak iparnya Suja. Wanita itu terlalu kasihkan budak itu dan abangnya. Tapi umur dia tidak panjang. Kakak iparnya terkorban dalam satu kemalangan. Kemalangan juga meragut nyawa bapanya.
Terperanjat Annamikka bila dia sedar dari lamunannya, anak sedaranya tiada di meja itu lagi. Akibat bangun dengan pantas gelas jus oren dihadapannya terbalik atasnya. Gelas itu pula bergolek ke lantai lalu pecah. Bunyi deraian itu menarik perhatian pelanggan lain di kafeteria itu.
"Maaf, saya tidak sengaja." pinta Annamikka sambil berlari menuju keluar.
Di luar kafeteria anak saudaranya sedang makan bersama wanita misteri itu. Makan bersuap. Terasa hatinya, sudah lama dia tidak menyuap budak itu. Malah setiap kali budak itu mengadu lapar pekerja di rumah penginapan itu akan melayan kehendaknya. Kadang kala emak mendiang kakak iparnya akan melayan cucunya itu. Tapi wanita tua itu banyak menghabiskan masa di kuil. Segala urusan pentadbiran hotel dan pengangkutan air diberikan pada Harvind dan Ehsan.
Suara ketawa Harish mengejutkan Annamikka dari lamunan. Sungguh gembira Harish di matanya. Mungkin dia rindukan belaian seorang wanita yang dipanggil AMMA. Annamika terkenang akan ibunya. Wanita itu pun tidak lama dalam mencurahkan kasih sayangnya. Dia faham akan perasaan budak itu, tetapi... Siapakah wanita ini? Cukup misteri. Setiap pergerakan mereka diperhati dari jauh. Keakraban mereka seperti ibu dan anak yang betul.
YOU ARE READING
Cinta Accident
Mystery / ThrillerCinta kalau nak wujud , Ia akan wujud jua dalam apa keadaan pun, Adakalanya cinta itu manis, Adakalanya cinta itu pahit, tapi kerana cinta kita wujud di bumi ini. -princezz nitha- Siapa sangka kemalangan mampu men...