Cinta accident 6

32 1 3
                                    

2 tahun berlalu.

Hamparan lautan biru, yang tidak berhujung, menenangkan jiwa memandang. Lebih melekakan bila melihat hubungan mesra ombak dan pantai. Hubungan yang akhiran.l
"Abang, jom makan," suara ajakkan itu sedikit menganggu tetapi tidak mengundang kemarahan.
"Kejap lagi abang ke sana. Harish dah bangun?" Soalnya semula. Wajah disebelahnya dipandang. Wanita ini sedang berduka tetapi hadir di sini untuk menyembuh dukanya. Pelik.
"Sudah abang. Dia dan Mami Meena sedang tunggu abang di meja makan," lembut sungguh suaranya menjawab soalan.
"Mikka tak sarapan sekali? Nak ke mana tu?" Soal papa Harish. Matanya dikerlingkan ke arah bekas plastik yang ditatang.
"Kejap lagi abang. Tadi saya ada buat kuih lebih, nak berikan mereka makan," matanya dihalakan ke sekelompok manusia yang sibuk melipat cadar dan selimut Rumah Penginapan Ayodhya.
Laptopnya ditutup sedikit kasar, deria penglihatan dikerling ke arah pantai. Sambil itu, tangannya mencapai jus tembikai, di hirupnya perlahan. Terasa nyaman.
Matanya difokuskan ke pantai, tubuh berlekuk mencuri perhatiannya. Seolah-olah kenal tapi di mana?
Kehadiran kanak-kanak di sisi wanita itu, mewujudkan perasaan kecewa yang amat.
"Encik Nathan, dari JN Builder's?" Suara garau lelaki mengalihkan pandangan dari wanita itu.
"Ya, saya. Awak?" Dibalas sambil berdiri menghadap lelaki yang berkemeja biru langit.
"Saya Harvind. Pemilik bersama rumah penginapan Ayodhya. Bagaimana saya membantu Encik Nathan?" Dengan sopan papa Harish memperkenalkan dirinya.
Perjumpaan selama 20 minit, membawa kepada satu perjanjian lisan dibuat.
Perjanjian bertulis akan dibuat selepas dua hari kerana Jeeva ada mesyuarat penting petang itu juga.
Ketika melalui koridor, kafe itu, Jeeva teringat akan wanita dan kanak-kanak yang dilihat dari jauh. Dia cuba mengesan semula mereka berdua tapi gagal. Dengan perasaan kecewa, Jeeva pulang semula ke Kuala Lumpur.

Cinta AccidentWhere stories live. Discover now