Harvind terkejut bila mendengar adiknya gagal berurusan dengan pengurus JN Builder's. Pengesahan yang sepatutnya disahkan hari ini terbantut. Gara-gara anaknya lapar. Langkahnya dipercepatkan menuju ke jeti. Ombak berlumba-lumba menyentuh kakinya tidak dihayati seperti biasa.
Jeeva di dek kapal rawai kepunyaan sahabat Harvind. Pandangannya dilemparkan menghala ke permaidaini biru yang terhampar luas. Jiwanya sakit ketika ini. Peristiwa pagi tadi, berulang kali bermain dalam mindanya. Diikutkan hati mahu sahaja tengah hari tadi balik ke Kuala Lumpur tapi itu bukan etikanya.
"Nathan..." namanya diseru seraya bahunya disentuh seseorang. Mengembalikan dirinya ke alam nyata. Pedih hatinya melihat lelaki bernama Harvind. Cemburu.
"Hi, bos. Ingatkan tak jadi turut serta," jerit Ehsan, tangannya ligat memperbetulkan jaring yang digunakan sekejap lagi.
"Mana pula tidak jadinya, janji dengan ahli korperat muda lagi kacak mestilah kena tepati," balas Harvind dengan nada mengusik. Dua hari lepas, dirinya diusik oelh Ehsan.'Kalau kacak sangat jadikan aje suami Annamikka. Senang tak payah tercari-cari jodoh untuk dia.'
Ehsan merupakan anak angkat mertuanya. Mediang isterinya kawan baik lelaki ini. Pada mulanya, Harvind juga tidak terlepas dari prasangka dan cemburu melihat hubungan mereka. Perasaan itu lama-kelamaan dia dapat menerima persahabatan mereka. Lagipun ketika itu Ehsan sudah berkahwin dengan Azwa yang disukai sejak zaman sekolah. Lama-lama dirinya juga selesa berkawan dengan Ehsan.
"Harin, ko mengelamun ya? Penat aku memberi arahan kat ko tapi ko mimpi ikan duyung hah? Ko tanya kat encik kacak itu apa arahan aku, malas nak mengulang" bebel Ehsan dalam loghat Parit sambil melangkah ke kopit. Perlahan-lahan bot rawai itu mula meluncur merentasi Selat Melaka.
Setelah 20 minit bergerak,bot rawai itu berhenti. Daratan masih kelihatan walaupun jauh nun di sana. Ini sememangnya prinsip Ehsan bila membawa orang memancing dengan botnya. Baginya kalau terjadi sesuatu mereka sempat terjun ke dalam dan boleh berenang ke daratan.
Ehsan mematikan enjin dan menyertai mereka berdua. Dia membuka peti kayu yang sedia ada mengeluarkan dua batang joran dan memberikanya kepada mereka. Manakala dia mencapai jala yang digantungnya tadi, dan ditebarnya pada hamparan biru yang luas."Encik Nathan sudah ada pemilik hati ke?" Soal Ehsan melabuhkan diri sebelah Harvind. Sengih mmenayangkan barisan gigi putihnya.
Soalan itu dibiarkan tidak berjawab, ingatannya kembali ke suasana bagi tadi. Rasa kecewa memenuhi jiwanya. Hanya keluhan menjadi jawapan ketika ini.
"Maaf Encik Nathan jika soalan saya menyusahkan encik."
"Taklah Encik Ehsan. Tak perlu berencik dengan saya. Panggil aje saya Nathan. Lebih mesra."
"Baiklah Nathan tapi soalan saya itu lama tidak berjawab."
"Kenapa ada calon untuk saya?" Soalan dijawab dengan soalan.
"Ada. Adik Harvind. Orangnya cantik dan comel. Melengkapi pakej menjadi isteri," jawapan Ehsan mengejutkan Harvind. Lelaki menjeling tajam pada lelaki itu.
"Nathan, jangan dilayan sangat mamat ini. Nanti kamu juga dipersendakan," tengah Harvind, walaupun dia berkenan dengan perwatakan Nathan. Itu tidak bermakna, dia boleh jodohkan adiknya dengan lelaki itu. Nanti apa pula cakap orang.
"Awak ada adik Harvind?"
"Nak berkenalan ke?" Soalan Ehsan, menayangkan barisan gigi putihnya.
Belum sempat soalan Ehsan dijawab, " Awak kan dah jumpa dia pagi tadi," Abang Annamikka pula mendahului.
"Pagi tadi? Bila?"
"Hi, sudah gaharu cendana pulak, dah jumpa masih bertanya."
Jeeva terdiam. Dia fikirkan semula watak wanita yang ditemui hari ini. Hanya wajah Annamikka memenuhi fikirkan yang sekarang.
Tiba-tiba tali ditarik dari dalam laut membuatkan fokusnya beralih ke proses pancing ikan. Dengan pantas tangan kanannya memegang batang joran manakala tangan kirinya memusing reel joran. Melihat kekalutan ahli korporat muda Ehsan meluru ke hadapan menarik pancing. Seekor ikan kerapu yang kena.
"Ikan yang duduk lama kat laut ini memilih joran orang handsome aje. Ikan-ikan dah muak tengok kau Harvind," bebel pemilik kapal itu sambil menempatkan ikan itu dalam kotak gabus yang penuh dengan ais.
"Ya lah ikan-ikan muak dengan aku, tapi suka sangat dengan kau. Pasal itu ikan kau banyak sangat," tempelak bapa Harish.
Kemudian kedua-dua lelaki itu ketawa besar.
Bila Harvind tidak beminat melanjutkan cerita itu, Ehsan tidak menyambung lagi. Nathan juga tidak tanya lanjut mengenai hal itu. Masing-masing menumpukan perhatian pada joran dan pancing mereka. Air tin pepsi memberikan tenaga dan semangat. Hampir empat jam mereka berada di lautan sebelum kembali. Ketika itu senja mula melabuhkan tirai. Hampir penuh kota gabus itu dengan pelbagai jenis ikan.#kerapu

YOU ARE READING
Cinta Accident
Mystery / ThrillerCinta kalau nak wujud , Ia akan wujud jua dalam apa keadaan pun, Adakalanya cinta itu manis, Adakalanya cinta itu pahit, tapi kerana cinta kita wujud di bumi ini. -princezz nitha- Siapa sangka kemalangan mampu men...