Hampir pukul 7.30 malam ketika bot ikan sampai di pesisiran pantai. Hujan mula membasah bumi.
"Fuhh ... Nasib baik dah sampai. Bahaya berada di laut ketika hujan. Laut akan bergelora takut kita tidak mampu menghadapnya," jelas Ehsan tanpa ditanya.
"Cuak juga, bila Abang Ehsan kata nak ribut. Terbayang kat kepala saya cerita Pi," balas Nathan.
"Nathan apa nak dibuatnya dengan 3 ekor ikan kerapu ini?" Soal Harvind, mengangkat ikan-ikan itu.
"Masaklah, nak buat apa lagi?" Jawab Nathan dengan selamba.
Bulat mata Ehsan mendengar jawapan daripada mulut Nathan. Memandang Nathan sambil mengangkat kening.
"Nak masak apa?"
"Masaklah apa saja. Kita makan bertiga malam nanti. Meraikan kejayaan menangkap tiga ekor kerapu atau kamu berdua ada rancangan lain?"
" Setakat ini belum ada. Tak tahulah kalau Mem di rumah ada plan lain untuk saya," balas Ehsan
"Saya okay aje. Lagipun malam nanti saya akan berada dalam hotel."
"Eleeh... Dah memang usahakan hotel memang sentiasalah berada dalam di sana," bidas Ehsan sebaik sahaja mendengar jawapan kawannya.
"Aku tinggal di sebelah hotel bukan dalam hotel. Malam ini aku berada dalam hotel untuk siapkan kira-kira bulan ini dan perbelanjaan untuk bulan depan. Nanti nak jemput pegawai audit datang untuk buat semakan," terang Harvind sambil melilau mencari kelibat anaknya.
"Cari siapa?" Tanya Jeeva turut memerhati sekeliling pantai.
"Cari Harishlah itu. Pelik Harvind selalunya kalau kita pergi memancing Harish mesti menunggu kita di sini tetapi hari ini ...," Ehsan tidak menyambung kata-katanya.
"Saya pun pelik. Ehsan aku pergi dulu boleh?"
Harvind berlari anak menuju ke hotel, setelah mendapat persetujuan daripada Ehsan dan Jeeva Nathan. Jauh di hatinya mengatakan sesuatu telah berlaku sehingga anaknya tidak datang menunggu seperti biasa.
"Berapa umur anak Harvind?" Soal Jeeva Nathan, sebagai mukadimah perbualan.
"Nak lima tahun ini."
Terdiam lelaki itu. Dalam hatinya dia mencongak sesuatu. Raut kekeliruan jelas terpahat pada wajah kacak itu.
"Kenapa, Nathan?"
Soalan Ehsan dibiarkan sepi tanpa jawapan.
"Anamika itu isteri kedua dia ya?"
"Hah, Annamika isteri kedua? Saya taulah awak tangkap ikan kerapu 3 ekor boleh, tak jangan merapu?" Bidas Ehsan.
Jeeva Nathan senyap seribu bahasa. Sesuatu bermain dalam fikirannya tetapi tidak terluah.
"Isteri Harvind, Manju meninggal 2 tahun lepas dalam satu kemalangan. Bapa Annamika turut terkorban dalam kemalangan itu. Harvind tidak berkahwin lain, cintanya kepada mendiang tidak lut sikit pun. Annamika pula enggan kahwin dengan mana-mana calon yang datang. Entah dia tunggu siapa?
Jeeva kaku mendengar setiap patah perkataan yang ditutur oleh Ehsan. Wanita itu menunggu kehadirannya. Dia pasti cinta yang tidak terluah itu berputik dalam hati mereka cuma tidak berkembang.
"Dia tunggu saya Abang Ehsan," bisik Jeeva Nathan perlahan.
"Tunggu awak!"
"Ya abang, dia menunggu kehadiran saya."
Jeeva Nathan menceritakan ringkas pertemuan mereka. Terlopong lelaki itu mendengarnya.
"Abang tolong rahsiakan dulu perkara ini. Saya nak ajak keluarga saya ke sini untuk meminang dan berkahwin," pinta lelaki itu sambil senyum.
Ehsan memeluk Jeeva Nathan, dia terharu mendengar rancangan lelaki itu. Dia pasti wanita itu akan berada di tangan yang betul nanti.
Di kala senja melabuh tirai satu kisah cinta berlabuh sementara menanti berlayar semula dalam beberapa hari. Berlayar dalam lautan perkahwinan. .

YOU ARE READING
Cinta Accident
Misterio / SuspensoCinta kalau nak wujud , Ia akan wujud jua dalam apa keadaan pun, Adakalanya cinta itu manis, Adakalanya cinta itu pahit, tapi kerana cinta kita wujud di bumi ini. -princezz nitha- Siapa sangka kemalangan mampu men...