Cinta Accident 7

21 1 0
                                    

"Hi, saya Kavitha. Saya dari Jay Brother's Builder. I dengar you ada terlibat dengan tender pembinaan apartment di Tambun," jari runcing wanita bermain pada butang kemeja Jeeva. Bau minyak wangi menusuk deria penghiduan. Tajam.
"Ya. Kenapa?" Balas Jeeva sambil menjarakkan diri. Rimasnya rasa bila diperlakukan sedemikian.
"Jeeva awak sudah bersedia?" Kehadiran Faizal ketika itu seolah-olah menyelamatkan keadaan.
"I nak you tarik diri dari tender projek pembinaan itu. Kalau tak sayang ini... Jangan salahkan I dengan apa bakal berlaku," ujar wanita itu sambil meraba bibir Jeeva. Seketika Faizal menjadi penonton pada adegan bawah 18 tahun me atas.
"Bye sayang."
Mata kedua-dua lelaki itu mengikuti pergerakan wanita itu, sehingga hilang dari pandangan mata.
"Fuhyoo... Mengancam sungguh wanita itu. Siapa dia?" Soal Faizal sambil bibirnya melengkung ke atas dan keningnya dijungkit beberapa kali.
"Nama dia... Entah tak ingat aku. Katanya dari Jay Brother's Builder. Dia nak kita tarik diri dari tender pembinaan apartment di Tambun," jawab Jeeva sambil memperbetulkan pakaiannya.
"Ohhh... Ya baru aku teringat adik bongsu Jay Brother's itu menyertai syarikat mereka. Perempuan itu kot adik mereka. Kalau betul dia, dialah penyebab Syarikat Dato Vethan jatuh muflis," terang Faizal sambil tangannya bermain dengan janggut sejemput itu.
"Hah!"
"Dato Vethan kan terkenal dengan sifat romeonya. Pantang nampak wanita dahi licin. Nak aje digodanya. So wanita itu pada mula jual mahal, kemudian dia berlakon terpikat dengan lelaki itu. Lepas itu, dia kerap ke pejabat orang tua itu, mencuri rahsia syarikat. Disebabkan banyak belanja dikeluarkan untuk wanita itu, pembayaran semua tertunggak. Itu punca utama syarikat itu muflis," cerita Faizal sambil mengeleng kepala.

Terima kasih kerana sudi membaca cerita ini.

Cinta AccidentWhere stories live. Discover now