Cinta Accident 2

49 2 2
                                    

"Akak Mika, abang dah sedar. Mama dan papa dalam bilik teman abang. Doktor kata esok abang boleh balik," satu persatu diterangkan oleh Meena adik Jeeva.
Anamika hanya membalas dengan senyuman. 'Memang kecoh minah ni'.
" Akak tahu tak? Nasib baik kes abang tidak difailkan sebagai kes bunuh diri," ayat terakhir Meena menarik perhatiannya.
"Apa bunuh diri! Abang awak cuba bunuh diri?" Bulat mata gadis itu.
Dengan pantas Annamika meluru ke bilik yang menempatkan Jeeva. Terperanjat Jeeva dan ibu bapanya.
"Kenapa Anna?" Soal Datin Saras lembut.
"Awak kalau nak bunuh diri, minum racun. Tak perlu menyusah hidup orang lain. Dasar lelaki pengecut." Jerkah gadis tanpa mempedulikan orang tua lelaki.
"Aunty tau tak, anak aunty ini cuba bunuh diri," tanpa disedari air matanya mengalir. Perasaannya bercampur aduk. Annamika keluar dari bilik itu tanpa menunggu penjelasan lanjut. Kecewa.
Meena masuk selepas melihat Annamika meninggalkan bilik itu sambil menyeka air mata.
"Mama, kenapa kak Mika balik sambil menangis? Mama, marah?" Soal gadis itu sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Annamika tuduh abang kamu cuba bunuh diri," jawab suami Datin Saras. Terkira not dengan sikap wanita muda itu.
"Eh! Mesti kak Mika salah faham dengan apa adik beritahu dia tadi," Meena menceritakan perbualannya dengan Annamika.
Dalam raub wajah tiak puas segaris senyuman menghiasi bibir lelaki yang disimen kakinya. 'Comel dia ketika marah. Naik merah wajahnya menahan marah dan air mata wanita mengetuk hati lakinya.
"Jangan risau Jeeva nanti papa cakap papa dia. Budak risaukan kamu sahaja. Rasanya air mata yang dikeluarkannya lebih banyak dari mama kamu," terang Dato' Velan dengan nada bergurau.
"Abang, sampai hati cakap macam itu. Sayang risau tau bila dengar Jeeva kemalangan. Hampir separuh nyawa saya hilang tanpa alamat," balas Datin Saras sambil menarik muncungnya.
"Merajuk ya sayang? Nanti kita makan kek coklat, abang belanja," pujuk Dato' Velan.
"Oklah kalau macam tu tak jadi merajuk," balas Datin Sara's sambil menyerahkan jus oren kat anak terunanya.

Cinta AccidentWhere stories live. Discover now