Cinta Accident 4

38 1 0
                                    

Hi... Begini rupanya Jeeva. Sado tak?

Antara sedar dengan tidak Annamika sudah berdiri dihadapan wad yang menempatkan Jeeva. Lelaki ini sepatutnya keluar minggu lepas tapi atas sebab tertentu  dia masih lagi di wad.Hatinya berdebar bercampur gemuruh. Mampukah dirinya menghadap lelaki itu. Dengan perlahan tangannya mencapai tombol pintu itu. Dibukanya perlahan. 'Aik... Tak de orang pulak. Macammana boleh tak de orang tadi misi itu kata masih di wad. Sudah jadi orang halimunan pulak?' Pelbagai andaian dibuat oleh akal fikirannya.
Bulat mata Annamika melihat tubuh manusia keluar dari bilik air. Dengan keadaan kaki patah, menyukarkan lelaki itu melangkah menuju ke katil. Annamika meletakkan barangan yang dibawa di atas katil dan menuju ke arah lelaki itu. Annamika mengangkat tangan lelaki membawa ke bahunya, manakala tangan kanannya dihalakan ke arah pinggangnya. Ternyata lelaki itu, terperanjat dengan situasi itu. Lagi-lagi bila dirinya hanya berkain pelikat. Matanya dihalakan ke arah gadis itu, wajahnya merah. Merah malu ke merah sakit menampung berat lelakinya?
Tiba-tiba entah di mana silapnya, mereka berdua hilang timbangan. Annamika jatuh. "Aduh... Sakitnya," rintih gadis Malang itu. Lebih malang bila dirinya dihempap dengan badan Jeeva.
"Arggghhh..." Jerit Jeeva bila tubuhnya mendarat atas tubuh wanita itu.
"Awak, sakit sangat ya. Cuba tahan sikit. Jangan banyak bergerak nanti lagi sakit," nasihat Annamika perlahan.
Bulat mata Jeeva mendengar nasihat gadis itu. 'Hai, tubuh sado aku jatuh  atas dia pun, masih risaukan diri aku. Menarik.' Hatinya mula berbicara.
Matanya mula menjalankan tugas yang diarahkan otaknya. Wajah Annamika diperhatikan. Matanya bundar, hidungnya kecil dan mancung, serta bibirnya warna merah delima.
Gulp... Menelan air liurnya. Imannya tergugat sedikit. Tidak disangka ketika itu, Annamika mengangkat kelompak matanya bertembung dengan mata lelaki yang menghempap tubuhnya. Nafas lelaki itu, menyapa wajahnya. Jantungnya mula memainkan irama rock.
Entah kenapa ketika jari kasarnya menjadi rajin. Helaian rambut pada wajah Annamika diselakkan belakang telinga. Perlahan-lahan pipi gadis itu diusap. Matanya masih merenung ke arah bibir.
Dengan perlahan, Jeeva merapatkan bibirnya dengan bibir mungil Annamika. Bercantum. Tiada reaksi darinya. Mungkin terperanjat. Setelah beberapa saat, Jeeva melepaskan pautannya. Dipandangnya wajah gjbadis itu. Mata mereka berbicara. Jeeva mengulangi semula, ciumannya. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia boleh mencium wanita itu.
"Abang! Macam mana boleh jatuh ini? Nurse... Nurse..." Terlepas bibir Annamika gara-gara suara Meena. Ditatapnya wajah gadis yang menjadi pengalasnya. Ketika itu terlintas dihatinya agar dikekal lebih lama dalam keadaan itu.
Selepas beberapa saat Meena datang semula dengan dua orang jururawat dan dua orang pembantu perawat kesihatan. Memandangkan kaki Jeeva disimen, dia perlu diangkat tanpa gerakkan pada kakinya.
"Kak Anna, buat apa bawah abang Jeeva?" Soal Meena sebaik sahaja abangnya diangkat. Dia terkejut bila melihat Annamika di bawah badan abangnya.
"Dia tolong abang tadi tapi malangnya abang terjatuh atas dia," jelas Jeeva, matanya dilirikkan ke arah Annamika yang berdiri di sisi katilnya. Wajahnya masih lagi merah, menahan malu gamaknya ditambah pula dengan kesakitan dihempap badan.
"Macam-macam abang ini. Mesti Kak Anna sakit badan. Kalau badan keding kot tak pe, tapi badan sado. Sudahlah saya nak pergi jumpa doktor. Akak jaga abang jap," arah Meena selepas membebel panjang sambil melangkah keluar dari bilik itu. Sempat lagi menutup pintu.
Bilik itu hening seketika. Jeeva melirik mata ke arah Annamika yang berdiri statik tepi katilnya. "Sini," pinta Jeeva sambil menghulurkan tangannya.
Seketika kemudian, Annamika menyambut huluran lelaki itu. Dirinya ditarik mendekati dengan Jeeva. Jari-jari runcingnya diusap perlahan.
"Saya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku tadi. Saya sedar dengan apa saya lakukan tadi. Saya tak ambil kesempatan," ucap Jeeva sambil membawa tangan wanita ke bibirnya. Belum sempat dikucup pintu bilik itu dibuka kasar. Annamika menarik tangannya sepantas kilat. Terkejut.

Rasa-rasanya siapa yang buka pintu itu dengan kasar? Hmmmm... Next episodelah ye...

Cinta AccidentWhere stories live. Discover now