"Apa cerita? Ada tunduk?" Soal Jay Balan sambilj memetik lighter menyalakan rokok yang sudah berada pada bibirnya.
"Tak. Kawan dia kacau tapi aku akan pastikan lelaki itu tunduk dengan aku," matanya dihalakan pada gambar mereka sekeluarga sebelum berpecah.
Insiden sepuluh tahun, mengetuk pintu memori. Memori pahit yang sukar ditelan. Menjadi rahsia dua beradik itu sehingga kini.
"Sudahlah itu perkara itu, sudah sepuluh berlalu, kamu perlukan kehidupan baru," ujar Jay Balan, seolah-olah dapat membaca pemikiran adiknya.
"Keluar dulu. Nak pergi gim," pinta Kavitha melarikan diri dari berbicara lebih lanjut mengenai insiden itu.Suasana di Starbucks agak sibuk mungkin kerana curahan hujan yang kian mengganas. Lantas premis kedai itu dijadikan tempat teduhan sekaligus mengalas perut sebelum pulang.
Coklat panas menjadi pilihan dua jejaka kacak lagi segak. Cermin mata hitam menambahkan lagi ketampanan yang sekian ada. Beberapa gadis menoleh dan berbisik sesama mereka. Meja di hujung kedai menjadi pilihan mereka. Agak tersorok sikit."Ahhhh... Nikmat dapat minum coklat panas ketika hujan," puji Faizal ala-ala iklan promosi di kaca televisyen. Bibirnya dijilat perlahan menandakan keenakan yang teramat. Aksi itu mengundang ketawa sahabatnya.
"Hati-hati perbuatan menjilat bibir boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual. Dahlah kita berdua duduk di hujung ini, ditambah pula dengan aksi engkau. Mesti orang yang melihat akan menyangka kita ini pasangan sejantina ," teguran Jeeva mematikan senyuman sahabatnya tapi menguatkan lagi ketawanya.
"Kau memang celaka tau. Saje nak menyakitkan hati aku. Aku tak dak selera dengan kaum sejenis lagi-lagi kau. Badan berketul-ketul," bidas Faizal, rasa menyampah bila dirinya dikaitkan dengan hubungan sejenis. Eeee gelinya, bila difirkan balik.
"Relaxlah kawan. Aku tahu kau lelaki normal yang tengah mengurat Fatimah. Receptionist kita yang baru," terang Jeeva sambil menjungkit-jungkit keningnya. Bibirnya mengukirkan senyuman nakal.
Terbeliak mata Faisal mendengarnya. Sememangnya dia tertarik dengan wanita yang bernama Fatimah. "Mana kau tau?" Soal Faizal keras. Rasanya tiada siapa pun tahu pasal hal ini tapi macam mana kawan baiknya tahu pasal ini.
"Mana aku tau? Satu pejabat tau, yang kau sedang angau. Sepuluh kali turun ambil fail dalam kereta. Apa cerita beb? Sejak bila kau rajin bawa balik fail ke rumah untuk kerja? Dekat tiga tahun bekerja sekali, kau sanggup kerja lewat malam dari bawa fail ke rumah," tempelak Jeeva balik.
"Nampak sangat ya?" Soal Faizal sambil menayangkan barisan gigi putih. Sememangnya dia berkenan dengan receptionist yang baru bertugas di pejabat mereka. Orangnya lawa dan paling penting bertudung tapi bergaya. Ciri-ciri itu menarik dirinya untuk mengenal lebih dekat.
"Sudah-sudah tayang gigi putih awak. Nak bagi tau satu Starbucks yang kau guna ubat gigi jenama colgate ya?"Sekali Jeeva mengenakan sahabat baiknya.
"Susahlah Jeeva... Dia kat tingkat bawah, saya di tingkat 4, jarang dapat berkomunikasi dengannya dalam satu hari belum tentu sekali aku dapat mendengar suaranya. Benda belum tentu terjadi," ujar Faizal sambil melontarkan pandangan keluar.
Luahan Faizal membuatkan Jeeva turut terdiam. Deria penglihatan dihalakan keluar... Kelihatan sekumpulan wanita berlari anak menuju ke premis itu. Seketika dia mengharapkan Si Pencuri hatinya berada dalam dalam kumpulan wanita itu. Tapi hampa.
"Apa kata Fatimah jadi PA kau? Senang sikit kau nak berkenalan. Nak?" Tanya Jeeva sambil memandang ke arah kumpulan wanita yang duduk dengan minuman masing-masing.
"Habis tu Kak Nadia kau nak campak ke mana?" Dijawab dengan soalan. Walaupun idea sahabat baiknya menarik tapi itu tidak bermakna sumber pencarian orang lain ditutup.
"Kak Nadia akan dinaikkan pangkat. Dia akan menjadi pengurus di bahagian warehouse. Okay?"Jeeva menerangkan lagi bagi mengukuhkan cadangannya.
"Jom, kita mulakan misi itu hari ini juga," ajak Faizal sambil bangun. Bersemangat.

YOU ARE READING
Cinta Accident
Misteri / ThrillerCinta kalau nak wujud , Ia akan wujud jua dalam apa keadaan pun, Adakalanya cinta itu manis, Adakalanya cinta itu pahit, tapi kerana cinta kita wujud di bumi ini. -princezz nitha- Siapa sangka kemalangan mampu men...