Cinta Accident 3

44 1 0
                                    

* rupa Annamika* macam mana pula rupa Jeeva? Hmmmmm

Dah seminggu, sejak insiden Annamika mengamuk di wad hari itu. Ternyata dia salah faham dengan apa yang didengarnya. Papanya telah menerangkan hal sebenar kepadanya malam tadi.
Rasa bersalah menyelubungi dirinya.
'Nak pergi ke tak? Papa suruh minta maaf. Kalau tak minta maaf nanti rasa bersalah pula. Aduh macam mana pula ini?' Annamika berperang dengan dirinya sendiri.
Langkah diaturkan sekeliling bilik itu. Entah berapa kali dipusingnya bilik itu. 'Eish kenapa dengan aku ini? Runsing betul. Hmmmm. Aku pergi aje minta maaf. Habis cerita,' akhirnya Annamika buat keputusan.

"Bos pukul 2 nanti ada meeting dengan Dato' Karl, di Marina Coffee House," sergah Farisha mengejutkan Annamika yang dari tadinya bercakap seorang diri.
Pandangannya dihalakan ke arah wanita bunting yang berdiri di muka pintu.
"Mak buyung tak de keje ya?" Matanya dikecilkan sambil mengosok dadanya. Terasa dengupan jantung kerana terkejut.
"Kerja aku banyak tapi sakit mata tengok kau berjalan kiri kanan macam orang sasau. Sasau ke angau?" Balas Farisha selamba melangkah ke dalam dan duduk di sofa.
"Aik aku Bos ke kau bos? Selamba aje masuk bilik aku," soal Annamika sambil melangkah ke sofa dan duduk disebelah Farisha, yang merangkap sahabat dan setiausaha.
"Kenapa nampak serabut? Aduhhh..." Keluhan Annamika menarik minat sahabatnya. "Kenapa ini? Cuba cerita kat aku. Mana tahu otak geliga aku ini mampu menyelesaikan masalah kau," pinta Farisha sambil mengusap perutnya.
Annamika menceritakan serba ringkas masalahnya.
"Laaa... Ini masalah kau. Minta maaf aje. Semuanya selesai. Jangan ego," kata Farisha sambil melangkah keluar dari bilik itu. Setelah tamat perbincangan dengan Dato' Karl, Annamika meneruskan pemanduannya ke hospital. Nasihat papa dan Farisha sedikit sebanyak mengubah pendiriannya.

Hi, saya menaip cite gunakan hp. Jadi updatenya slow sikit... Minta sabar ye...
Terima kasih...

Cinta AccidentWhere stories live. Discover now