I ; Thirteen (un)ordinary Students

356 14 31
                                    

" Kwon Soonyoung. Sila hantar latihan kau sekarang. Aku tak nak dengar lagi alasan bodoh kau yang tak pernahlah nak berasas "

Jejaka yang memakai uniform sekolah berwarna biru itu hanya mampu tersengih sehingga matanya menghilang. Malu dengan pujian pengajar sepet dihadapannya itu.

" Sir~ Kali ini saja. Lepaskanlah saya. Tahun hadapan baru hantar " pujuk jejaka yang sama dengan muka yang dibuat secomel mungkin.

" Heh! Tahun hadapan?! Kau nak duduk tahun 4 ni sampai mati? Aku tak nak tengok muka kau yang serupa hamster. Muak " ujar Sir Daesung, pengajar yang sedang memandang Soonyoung sekarang.

" Sir! Saya harimau. Bukan hamster. Hamster tak kuat. Lemah dan senang mati. Saya kuat lah " protes Soonyoung sambil melenturkan bisep nya yang tidak kelihatan.

Okey. Terlihat sebenarnya. Hanya sahaja tertutup dengan baju.

" Ah kau. Berambus lah dari kelas ni. Aku dah penat nak lihat wajah kau ni. Perangai kau belum lagi. Minta kaki. Haduh. Penat aku nak melayan. Semoga pengajar yang ajar kau tahun depan bertabah dengan perangai lahanat kau. Pastu minta-minta yang... "

Pot pet pot pet

Kelas yang sepatutnya pelajarnya sedang tekun belajar dan mendengar suara pengajar, mula tertidur kerana bosan.

Mereka patut berterima kasih kepada Soonyoung kerana membazirkan masa pelajaran. Ahh~ Amat nikmat sehingga ada yang sudah mula bermimpi.

Soonyoung yang buat tidak endah dengan bebelan Sir Daesung yang rasanya masih panjang, mula kebosanan.

Matanya melilau. Cuba menghentikan bebelan Sir Daesung. Dah cair tahi telinganya yang tidak dikorek selama 5 bulan.

Senyuman jahat terukir di bibirnya. Matanya menangkap kawannya, yang sedang enak tidur diulit mimpi. Lagi seronok yang kawannya itu dekat sangat dengan sumber air. Uishh.

Majik water adalah majik nya. Tidak mensia-siakan majik nya, dikawal air dari sumber air itu. Semestinya terselindung dari Sir Daesung. Kalau tidak, makin panjanglah jawabnya.

Lagi beruntung yang sasarannya, buku latihan kawannya, tidak tertindih apa-apa. Terbiar begitu sahaja. Memudahkan pekerjaannya yang bakal buruk akibatnya.

Ssup!

Terus sahaja buku latihan itu dilemparkan keluar melalui tingkap. Dia kembali berdiri seperti tidak terjadi apa-apa. Bersedia untuk mengadu.

" Sir " panggil Soonyoung, memberhentikan bebelan Sir Daesung.

" Apa? " dipandang tajam Soonyoung kerana memberhentikan bebelannya.

" Junhui tidur. Dan saya tak nampak pon buku latihan dia atas meja. Sir tak nak hukum dia sekali? " adu Soonyoung.

" Moon Junhui! Bangun woi! Mana buku latihan kau hah?! " jerit Sir Daesung.

Kawannya, Moon Junhui yang terasa dipanggil, serta merta terjaga. Diusap matanya kerana masih mamai dan tidurnya jadi terganggu.

" Ah? Ada ni. Ada. Sekejap " diperiksa atas mejanya. Tiada. Dalam begnya. Tiada. Bawah meja. Tiada.

Ah sudah. Lari mana buku latihan yang terkandung segala titik peluhnya?

" Mana?! " soal Sir Daesung lebih keras.

" Sir. Saya berani bersumpah. Saya siap segala latihan yang Sir bagi. Bukunya ada tadi atas meja. Sekarang... Entak ke mana " jawab Junhui dengan jujur.

" Ahhh kau. Sejibik dengan Soonyoung. Entah-entah korang soulmate. Kongsi satu bilik, satu kelas dan meja sebelah-sebelah " mukadimah sudah pon di buka.

SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』Where stories live. Discover now