XXVII ; What Actually Happened

70 9 0
                                    

⚠️ Another long chapter ⚠️

" Eungh "

" Bangun sudah putera tidur kita. Sedap bermimpi? Itu adalah mimpi indah kau yang terakhir sebab mimpi ngeri yang bakal kau hadap selepas ini "

Mamai masih menguasai dirinya, tetapi terus segar bugar selepas mendengar suara asing yang menyapanya apabila kesedaran mejemputnya kembali.

" Si-- siapa? " Wonu cuba melawan dengan keadaannya yang terbaring. Tetapi kedua-dua tangan dan kakinya terlanjur diikat. Semakin kuat dia meronta, semakin ketat ikatan yang disimpulkan.

" Shhhhh " jari telunjuk orang yang menyapanya itu berada di bibirnya. Seperti menyuruh Wonu untuk kekal diam.

" Aku suka majik kau. Membeku dan mematikan. Aku tak sangka rancangan aku akan selancar ini. Rancangan asal untuk bunuh Putera Dokyeom begitu saja. Tapi... Ahahah. Kau semakin memudahkan dan semakin menzalimkam rancangan aku " tangannya mengelus lembut pipi Wonu yang cuba mengelak dari sentuhan orang itu.

" Kalau aku gunakan kau, Putera Dokyeom tu akan terseksa terlebih dahulu sebelum mati. Tak pernah aku fikir melainkan kau sendiri yang relakan diri. Tahniah! Kau akan menjadi tikus makmal pertama selepas 265 tahun. Lagi istimewa sebab aku, The Lea, yang akan tolong kau untuk menjadi tikus makmal "

" The... Lea? " ulang Wonu. Dia pernah dengar nama sosok yang dipanggil sebagai The Lea.

Pemimpin yang tidak diketahui nama sebenarnya, umurnya dan tempat dia berasal. Sama seperti The Re untuk Lefkó Majik, The Lea untuk Mávros Majik.

Sosok yang memimpin Ahrie Nyio, pencetus peperangan 265 tahun yang lalu. Membunuh ramai elf, fairy, pixie dan penduduk yang tidak bersalah.

Membawa ideologi hamba dan militan. Membuatkan penduduk Fantasía tidak menerima langsung kewujudan Ahire Nyio di kalangan masyarakat sehingga tercetusnya peperangan.

Terima kasih kepada pelajar-pelajar Majika Highschool yang terpilih ketika itu. Ahrie Nyio berjaya ditolak masuk semula ke dalam bayang-bayang.

Tetapi, siapa sangka yang Ahrie Nyio masih beroperasi dalam diam. Mencari orang-orang yang boleh menguatkan kembali kedudukan Ahrie Nyio untuk menguasai dunia Fantasía sekali lagi.

" Ya! Kau merupakan orang luar pertama yang lihat aku selepas 265 tahun " ucap The Lea dengan nada gembira disebalik topeng berwarna hitam yang menutupi keseluruhan wajahnya berserta jubah yang menutupi kepala dan badannya.

" Ya! Kau merupakan orang luar pertama yang lihat aku selepas 265 tahun " ucap The Lea dengan nada gembira disebalik topeng berwarna hitam yang menutupi keseluruhan wajahnya berserta jubah yang menutupi kepala dan badannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


The Lea menepuk tangannya tiga kali dan muncullah lima orang yang Wonu yakini orang yang sama dia lihat sebelum jatuh tidak sedarkan diri.

Dapat juga dia lihat sebuah mesin yang entah apa kegunaannya. Berserta dua balang besar cecair yang berwarna hitam dan merah. Sebesar badannya yang berumur 8 tahun.

" Lukis kyklós sekarang. Aku nak pulangkan dia dengan cepat. Nak lihat bagaimana reaksi ayah dia apabila tahu yang anaknya dah jadi patung untuk membunuh Putera Dokyeom " arah The Lea.

SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』Where stories live. Discover now