" Nampak sudah? Siapa yang bodoh di sini? Dibutakan dengan dendam. Sampai dendam tu cederakan orang yang salah " bungkam mulut mereka apabila apa yang mereka mimpikan malam tadi, menampar mereka saat ini.
Tuk tuk tuk
" Ini. Ini yang terjadi sebab korang. Sebab dendam yang korang agungkan sangat tu. Ini hasilnya " diketuk satu kubah ais di belakangnya itu menggunakan tongkat.
" Aku cuba untuk selamatkan dia. Berjaya. Berjaya sangat sampai dia buat kubah ais berdinding tebal ni, sebab emosi dan mental dia terluka. Terlalu dilukai sebab korang! "Semuanya tertunduk gerun mendengar amukan tabib Yoo. Tidak pernah mereka sangka yang seperit dan sepahit itu perjalanan Wonwoo perlu lalui. Seorang diri.
" Dia sayang sangat pada korang. Tapi tolonglah. Beri dia peluang. Beri dia ruang untuk tunjukkan yang dia tak seteruk yang korang fikirkan. Wonu anak yang baik. Tolong sayangi dia seperti mana dia sayang korang " tutur kata tabib Yoo bertukar lembut dan semakin mengendur.
Mengenang semula betapa banyak dia muntahkan darah, hanya untuk membuatkan Wonwoo bertahan. Sakit yang dia rasa di dadanya untuk mengembalikan kehangatan badan kurus itu.
Seokmin menarik nafas dalam sebelum melangkah maju lalu berlutut di hadapan tabih Yoo. Jelas terlihat di wajahnya yang dia sedang menahan diri dari menangis.
" Mianhaeyo. Sebab aku... Sebab aku Ayes Kingdom hilang. Sebab aku, Jeonghan hyung hilang keluarga. Sebab aku, Jisoo hyung dikatakan cacat. Sebab aku, Junhui hyung hilang ayahnya. Sebab aku, Soonyoung hyung hilang kakaknya. Sebab aku, Jihoon hyung dijadikan hamba. Sebab aku, Mingyu hilang datuknya. Sebab aku, Myungho hilang rumahnya. Sebab aku, Seungkwan hilang ibunya "
Tangan yang terletak elok di atas paha, menggenggam hujung baju yang dipakai dengan erat. Sungguh dia tidak sanggup untuk meneruskan permohonan maafnya yang telah membawa terlalu banyak luka dan kehilangan.
Seventeen, tidak sanggup melihat adegan di hadapan mereka. Mendengar kata maaf yang dituturkan, membuatkan mereka tidak sanggup untuk mendengarnya terlebih lagi.
Terlebih lagi, Yoon Jeonghan. Dia ditampar sangat kuat oleh fakta yang tersembunyi selama ini. Dia membalas dendam tanpa usul selidik dahulu. Sehingga melukakan orang yang paling menyayangi mereka.
" Maaf sebab membunuh keluarga Jeon sampaikan tabib Yoo perlu berpisah dengan Wonu hyung dan menyembunyikan diri " makin ditundukkan kepalanya selepas menyampaikan maaf kepada mangsa yang terkesan.
Titisan air mata mula membuat corak di pakaiannya. Seokmin... Dia tidak mampu untuk mengangkat kepalanya semula. Melihat wajah-wajah yang membawa banyak luka. Luka yang dia torehkan tanpa sedar.
Sedangkan tabib Yoo, dia memandang kosong puncak kepala Seokmin. Hati dan perasaannya sudah membeku diseliputi ais tebal. Sehinggalah matanya terpaku pada satu sosok baharu di hadapannya.
YOU ARE READING
SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』
Fantasía⚠️ NEW FACE ⚠️ Not a sequel. But a new face for SEVENTEEN『세븐틴』. Too many works if I still continue under the first book. Want information? Go read the first book