XXIX ; Thread of Destiny

124 6 4
                                    

" Junnie~ "

" Ne baba " seorang kanak-kanak lelaki yang rongak gigi hadapan terus berlari ke arah pintu masuk rumahnya, tempat di mana seseorang memanggil namanya.

Senyuman riang yang dikenakan, luntur sekelip mata. Melihat ayahnya yang memakai pakaian tentera dan bersedia untuk keluar dari rumah.

" Lagi? " soalnya tanpa nada seperti sudah biasa dengan apa yang ayahnya lakukan.

" Junnie. Mama tak ajar Junnie kurang ajar, kan? Baba dipanggil sebab ada serangan mendadak. Junnie kena faham. Boleh sayang? " Puan Moon cuba untuk menenangkan anak sulungnya walaupun dirinya sendiri entah kenapa rasa takut.

Ini memang bukan kali pertama suaminya, Tuan Moon, dipanggil. Dia merupakan salah satu tentera rank-S. Terbaik dari yang terbaik. Apatah lagi serangan yang menimpa Wized adalah berskala bahaya.

Semua tentera lagi-lagi tentera rank-S dipanggil untuk berkumpul semula di pangkalan walaupun tidak bertugas. Mereka yang sedang melakukan tugas risikan juga dipanggil pulang kerana serangan berlaku secara tiba-tiba dan mendadak.

" Memang tak kerap. Tapi kenapa sekarang? Baba kata adik nak keluar lagi beberapa hari. Tapi baba kena bertugas. Kalau-- "

" Moon Junhui. Baba ajar apa? " soal Tuan Moon apabila Junnie seperti tidak mahu berhenti mengungkapkan ketakutannya.

" Seorang lelaki tak akan beritahu ketakutannya tapi akan hadap ketakutannya dengan berani " balas Junnie dengan kepala yang menunduk. Sama seperti ibunya, dia merasakan sesuatu yang aneh.

Bahawa ini adalah kali terakhir dia akan lihat ayahnya. Kali terakhir ayahnya berada di dalam rumah ini. Kali terakhir ayahnya bernafas.

" Bagus " puji Tuan Moon sembari mengusap lembut puncak kepala Junnie.

" Baba. Tolong jangan pergi " pinta Junnie selepas memeluk erat kaki jenjang milik ayahnya. Menghalang dari Tuan Moon melangkah keluar.

" Kenapa anak baba tiba-tiba ni? Sayang, tolong ambil Junnie " pinta Tuan Moon sambil memandang ke arah Puan Moon yang hanya memandang Junnie tanpa berbuat apa-apa.

" Sayang? " Puan Moon menggeleng perlahan. Seolah-olah dia membenarkan kelakuan Junnie.

" Saya tak nak... anak-anak saya kehilangan baba mereka " lirih Puan Moon sembari memeluk perutnya yang sudah membesar. Tinggal beberapa hari sebelum anak keduanya melihat dunia.

" Tiada apa-apa yang ak-- "

" Tak! Awak sendiri tahu yang serang Wized adalah Fayer Kingdom sendiri. Mereka kejam. Tak kenal erti belas kasihan. Sebab khabar angin yang langsung tak berasas tu, satu Fantasía merana! Tolonglah. Jangan tinggalkan kami " pinta Puan Moon selepas mengeluarkan isi hatinya juga pecahnya benteng emosinya.

" Saya tak nak jadi ibu tunggal "

" Kalau saya tak pergi sekarang, masa depan Wized tidak terjamin. Anak-anak kita tak boleh hidup dengan senang seperti sekarang. Izinkan saya pergi, Han Jihan " terduduk Puan Moon apabila mendengar suaminya memanggil nama sebenarnya.

Melihat isteri dan anaknya menangis dan melarang untuk dirinya melangkah keluar, seketika meremukkan hatinya. Dia seorang ayah dan suami tetapi juga merupakan seorang tentera yang bersedia untuk mengorbankan nyawa demi kerajaan.

Puan Moon kembali tenang selepas menangis semahunya. Ditatap wajah sendu suaminya yang memandangnya. Senyuman nipis diukir dalam upaya menenangkan isterinya.

Didekati Puan Moon lalu mengucup lembut dahi si isteri penuh sayang. Air matanya turut jatuh apabila isterinya kembali teresak. Lalu dikucup puncak kepala Junnie beberapa saat sebelum berkata.

SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』Where stories live. Discover now