V ; Not Big but Not a Small Problem

100 14 21
                                    

Pagi.

Mereka bertiga belas sudahpun bangun. Sudah bersedia di meja makan bersama baju sekolah dan sarapan di hadapan mata.

" Kau okey? Muka kau nampak macam penat " tegur Jihoon yang risau apabila melihat muka Wonwoo yang seperti tidak cukup tidur.

" Muka kau pun sama " tegur Myungho pula selepas mengamati wajah Seokmin yang turut seperti tidak cukup tidur.

Kedua-duanya nampak lesu dan letih. Seperti tidak tidur langsung malam tadi. Nak kata faktor cuaca, nyaman sahaja cuaca malam tadi.

Ada di antara mereka juga merupakan light sleeper. Tetapi nyenyak sahaja mereka tidur malam tadi walaupun di tempat asing dan baharu.

" Gwaenchanha " bohong Wonwoo.

Sedangkan badannya terasa penat yang amat. Sedangkan dia tidak membuat kerja berat langsung.

" Seingat aku, kali terakhir kau kata kau baik-baik saja, kau berakhir di Domthera dan bangun bila malam tiba. Anda berfikir yang kami akan makan penipuan anda hari ini? " ujar Junhui yang sebenarnya tidak faham.

Kenapa perlu berlagak baik-baik sahaja? Kenapa tak tunjukkan sahaja yang dia dalam keadaan yang tidak baik-baik. Kenapa? Apa dia fikir yang mereka akan berasa tidak selesa? Sebab menyusahkan diri mereka dengan keadaan dirinya yang tidak baik-baik sahaja?

" Jisoo hyung, tolong periksa mereka. Tak boleh dibiarkan mereka berdua ni. Sentiasa berdalih kalau rasa tak sedap badan " pinta Mingyu kemudian menghabiskan sarapannya.

Jisoo mengangguk sekilas. Sejujurnya, dia juga ingin memeriksa keadaan Wonwoo dan Seokmin. Memang jelas terlihat mereka penat, lesu dan tak cukup tidur.

Selepas habis sahaja sarapan, mereka kembali ke ruang tamu. Wonwoo dan Seokmin duduk di sofa. Jisoo yang melutut untuk memeriksa keadaan mereka berdua. Selebihnya berdiri di belakang sofa, menanti pemeriksaan Jisoo.

Kali ini, Jisoo bertekad untuk mengambil langkah drastik. Tangan kanannya berada di dada kiri Seokmin manakala tangan kirinya di dada kiri Wonwoo. Memeriksa mereka berdua secara serentak.

Ini kali pertama dia berbuat sedemikian. Dalam hati sudah berharap yang dia tidak pengsan. Kalau tidak, keadaan akan semakin rumit.

Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Cahaya hijau terang kembali menerangi kedua tapak tangan Jisoo. Mengambil masa 5 minit dan baru Jisoo membuka matanya.

Raut wajahnya susah untuk ditafsir. Matanya memandang Wonwoo dan Seokmin silih ganti. Seperti cuba mengatakan sesuatu, tetapi sesuatu itu amat susah untuk diungkapkan.

" Demam. Mereka demam lagi. Yang berbeza hanyalah suhu mereka. Wonwoo yang suhu badannya tinggi. Seokmin yang suhu badannya rendah. Dinasihatkan untuk tinggal sahaja di rumah. Dan... perlu seseorang untuk tengok-tengokkan mereka "

" Hyung tak boleh? " soal Chan.

" Tak. Tahun 5 hari ni ada Majik Theórisi. Tak boleh tak datang. Naya kena marah dengan Sir Seunggi " jelas Seungcheol tentang kenapa Jisoo tidak boleh ponteng.

" Oh! Kwan boleh tinggal. Kwan boleh rawat sekali gus dapat peluang untuk belajar lebih tentang majik healing " Seungkwan mengangkat tangannya dengan semangat.

" Betul ni? " soal Hansol untuk memastikan pilihan Seungkwan untuk ponteng hari ini.

Dibalas dengan anggukan mantap dari Seungkwan. Mereka hanya pasrah. Lebih baik percayakan Seungkwan dari tinggalkan dua orang yang amat keras kepala itu di rumah tanpa jagaan.

" Bye~ " ucap Seungkwan sambil tangannya tidak berhenti melambai pada mereka yang menghilang.

Sempat juga untuk dia tititpkan surat kepada Hansol. Meminta sahabatnya itu berikan surat yang ditulis kepada pengajar mereka.

SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』Where stories live. Discover now