⚠️ TW! HARSH WORDS ⚠️
" Jadi... "
" Buang dia dan aku mampu jamin tiada permusuhan antara kita "
" Kau tahu sendiri perangai Sir Min-- "
" Okey. Aku akan keluar "
" Wonwoo / hyung! "
Seungcheol memicit pangkal hidungnya. Masalah ini terlalu rumit untuk diselesaikan dalam masa 7 hari.
" Tiada sesiapa akan keluar dari sini. Tiada sesiapa yang akan tinggalkan katil di rumah ni. Faham? " jelas Seungcheol selepas menenangkan dirinya.
Dia sudah terlalu kepenatan dan dia tidak mahu menggunakan aura nya. Takut dia terlalu ikut emosi dan penghujungnya bakal sama dengan penghujung seseorang.
" Apa kau ada cadangan yang lebih baik, Tuan Muda Scoups? " soal Jeonghan selepas menyandarkan badannya pada kerusinya.
Mereka mengambil keputusan untuk berkumpul di meja makan. Cukup kerusi tanpa perlu ada sesiapa duduk di lantai atau berdiri.
Kubu pertahanan di hujung dan kubu menyerang di hujung lagi satu.
" Dengar sini. Setiap masalah tak akan selesai kalau melibatkan nyawa " Jisoo masih bertindak sebagai penenang dua kubu yang masih menaikkan bendera merah. Walaupun di sendiri semakin geram dengan perangai pihak lawan.
" Tapi dia punca masalahnya. Dia yang mulakan dulu " balas Jihoon yang semakin hari semakin dingin. Dia sudah tidak boleh percayakan sesiapa sekarang kecuali dirinya dan dua lagi kawannya.
" Won-- "
Seungkwan menggantungkan kata-katanya. Dia terpandang mata Wonwoo yang duduk di hadapannya.
Jejaka berkacamata itu menggelengkan kepalanya. Tidak memberi kebenaran kepada Seungkwan untuk memberitahu perkara sebenar.
Membuatkan yang lebih muda duduk kembali. Dia tidak ingin mengkhianati Wonwoo.
" Apa yang korang nak sebagai galang-gantinya? "
" Senang. Nyawa dia " balas Seokmin kepada soalan Jisoo.
" Nyawa amat berharga dan bukan sesuatu yang boleh diganti " tolak Seungcheol dengan permintaan bodoh Seokmin.
" Tahu pun. Nyawa yang hilang sebab dia? Tak berharga? " soal Junhui dengan nada yang sinis.
" Korang tak tahu apa yang terjadi. Jadi jangan buat spekulasi bodoh dan jadi orang terbodoh di Fantasía " balas Hansol tidak kalah dingin.
" Apa? Kau yang tiada kena mengena dengan masalah 10 tahun yang lalu, kenapa menyelit? " Soonyoung mempersoalkan kenapa Hansol mencelah.
Membuatkan jejaka berwajah model itu terkekeh sinis. Apa dia sedang berdebat dengan dinding sekarang?
Dia bersandar dan melipatkan tangannya pada dada. Sengihan sinis masih dikekalkan. Nak bermain kata-kata? Mari kita mulakan.
" Korang mesti dah tahu aku datang dari Keluarga Chwe. Dan korang juga dah tahu siapa Seungkwan yang sebenarnya. Appa aku, Tuan Chwe, banyak hubungan dengan orang-orang ternama. Pernah dengar Mávri Agorá? Tempat gelap di mana orang-orang dapatkan maklumat yang amat sulit didapati atau maklumat sulit kerajaan? Ya. Appa aku sampai cari maklumat tentang 10 tahun yang lalu di situ. Aku tahu juga apa yang terjadi "
Rahang mereka terjatuh. Tidak percaya dan takjub dengan cerita Hansol yang 100% benar.
Mávri Agorá. Tempat seperti pasaran gelap. Tetapi hanya melibatkan pub kecil yang tersebar luas di Fantasía. Di sana, senang sangat mendapat maklumat walaupun maklumat sulit kerajaan. Hanya berikan wang yang banyak dan boom! Maklumat berada di dalam tangan.
YOU ARE READING
SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』
Fantasy⚠️ NEW FACE ⚠️ Not a sequel. But a new face for SEVENTEEN『세븐틴』. Too many works if I still continue under the first book. Want information? Go read the first book