🍓Psst : Ehehe. Double update. Surprise~ Kalau gambar hilang, sila komen. Memang masalah gambar asyik hilang
" Jisoo-yah " panggil Seungcheol.
" Tak nak. Aku tak nak kejadian 10 tahun yang lalu berulang kembali "
◕ 10 years ago... ◕
" Eomma. Appa. Hyukie. Mana korang? " lirih seorang budak lelaki yang meringkuk di jalanan.
Dia sudah penat ke hulur hilir untuk mencari keluarganya. Tetapi tiada. Memaksa badannya untuk tunggu sahaja di jalanan yang sepi itu.
Sedangkan jalan itu dahulunya amat meriah dengan suara orang menjual dan teriakan kanak-kanak.
Tetapi sekarang... Jalan itu sepi. Gelap tanpa sebarang pencahayaan. Hanya ada cahaya dari api yang melahap rumah kedai di jalanan tersebut. Meninggalkan rangka hangus beberapa buah kedai. Tidak terlupa juga darah likat yang memercik di sana sini.
Erti kata lain, seperti ada pembantaian besar-besaran di jalanan itu.
" Eomma~ "
Badannya benar-benar sudah tidak tahan lagi. Kesejukan. Itu yang dia rasakan sedangkan dia memang dilahirkan di kerajaan ais itu.
Tap tap tap
" Hey! Jangan tidur. Bertahan. Ya? Untuk keluarga kau " arah satu suara yang mendekat.
Dipeluk badan yang hampir sama saiz dengan badannya itu. Memang benar. Dapat dia rasakan sejuk yang mencengkam keluar dari badan itu.
" Ah~ Mana mama? " soalnya kepada angin. Dia terlalu gusar sekarang kerana badan yang dipeluk itu semakin menyejuk.
" Nak... Hyukie "
" Ehm? Apa kata kita perkenalkan diri? Sementara tunggu mama. Nama aku Hong Jisoo. Kau boleh panggil aku Jisoo. Tapi mama dengan papa panggil aku Shua "
" Won... "
Uhuk!
Jichu terpaksa melepaskan pelukannya kerana Wonu batuk dengan kuat tanpa henti. Sehingga terasa basah pakaian yang dia pakai.
" Oh my god! " pekik Jichu kerana dia dapati, cecair yang membasahi bajunya adalah darah.
" Appa~ "
" Tak boleh jadi " disandarkan badan Wonu pada dinding yang terdekat.
Kedua tangannya yang kecil menghala ke dada Wonu. Dipejam matanya rapat untuk fokus. Dia perlu fokus supaya nyawa tidak merenggang dari badan kecil ini!
Cahaya hijau menyinari kedua telapak tangan itu. Cukup lama dalam keadaan itu sehingga peluh mula membasahi wajah Jichu. Walaupun dia sekarang berada di kerajaan ais.
" Jangan... guna... majik "
" Ah? "
Telinganya tidak dapat menangkap apa yang Wonu katakan. Terlalu lirih seperti angin.
Krak
Buk!
" Ergh " Jichu mengerang sakit apabila badannya terpelanting dan mengena dinding yang di belakangnya.
" Hahahaha. Terima kasih. Sebab kau, aku dapat aktifkan semula apa yang sepatutnya milik aku "
" Hah? "
YOU ARE READING
SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』
Fantasy⚠️ NEW FACE ⚠️ Not a sequel. But a new face for SEVENTEEN『세븐틴』. Too many works if I still continue under the first book. Want information? Go read the first book