XXII ; What Happened Here?

110 9 0
                                    

" Euh "

Badannya dibawa untuk duduk dan diregangkan badannya yang terasa tegang dan kaku. Diusap lembut matanya untuk menghilangkan kotoran.

" Selamat pagi "

" Selamat pagi. Huah! " balasnya lalu menguap dengan lebar. Selepas beberapa saat, dia kembali termenung.

Rasanya dia seperti melupakan sesuatu. Tetapi apa? Dia mengedarkan pandangannya. Terlihat sebelas kawannya lagi tertidur dengan selimut.

Tunggu

Kenapa sebelas?

Dahinya berkerut sejuta. Cuba mengingat kembali apa yang terjadi. Dia benar-benar merasakan yang dia melupakan sesuatu yang amat penting.

" Perlukan bantuan? "

Dia memusingkan kepalanya untuk melihat sosok yang sama bersuara dan mengucapkan selamat pagi. Hanya untuk melihat seorang lelaki yang sepertinya di pertengahan 40-an.

" Siapa kau? Di mana kami? "

Lelaki itu hanya tersenyum pendek. Memandang Jeonghan dengan tatapan yang susah untuk ditafsirkan. Dipandang sahaja wajah kebingungan jejaka berambut panjang itu.

" Apa benda sebelah kau, itu? " soalnya lagi apabila mendapati ada sebuah bola(?) besar yang berada di sebelah lelaki yang sama.

" Kau serius tak ingat? "

" Aku tak main-main. Beritahu aku di mana? Kenapa mereka tidur dengan pulas sedangkan ini tempat yang asing untuk mereka? "

Lagi-lagi lelaki itu tersenyum penuh erti. Baiklah. Mari kita ke masa lalu...

2 weeks before d-day...

Bugh!

Brak!

" Hyung! "

" Tepi. Hyung! "

" AKU KATA TEPI! "

Orang-orang yang menghalang jalannya diangkat begitu sahaja menggunakan akar-akar yang dipanggil. Menggantung mereka yang mengganggunya untuk ke seseorang.

" Hyung. Gwaenchanha? " soal Chan sembari menolong Wonwoo.

Wonwoo hanya mengangguk sembari mengelap darah yang ada pada wajahnya. Akibat dipukul entah siapa sebab terlalu ramai.

Melihat Wonwoo kesakitan, membakar hati Chan. Dia sudah penat melihat baju Wonwoo yang akan kotor, wajahnya yang pasti akan ada kesan merah atau ungu, dipukul beramai-ramai seperti sekarang.

Malangnya, ini bukan kali pertama. Ini sudah entah kali berapa Wonwoo ditemui di dalam kerumunan orang ketika dan selepas dipukul.

Chan mendengus kasar sebelum menatap semua orang yang dia angkat sebentar tadi. Baiklah. Kesabarannya sudah tiba di penamat.

" Korang dah melampau! Apa salah Wonwoo hyung?! Dia ada buat korang? Dia ada hina korang? Dia ada cederakan korang? Dia ada buli korang? Dia ada usik korang? Jawablah! Berani sangat pukul orang. Aku dah tanya tak nak jawab pula! " tengking Chan penuh amarah.

" Sudah. Aku baik-baik saja " henti Wonwoo dengan tangan yang masih memegang perutnya yang terasa senak.

" Tak boleh, hyung! Mereka dah melampau. Patut di ajar " balas Chan dengan nada yang tinggi.

Tangannya semakin digenggam erat. Begitu juga akar-akar yang melilit badan mereka yang terikat.

Jeritan penuh kesakitan mula kedengaran. Membingitkan telinga kerana tidak henti. Malah semakin kuat bersamaan lilitan pada badan mereka.

SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』Where stories live. Discover now