XXV ; Sacrifice of Him

124 9 0
                                    

Tergeletak kembali sebelas badan yang sudah lemah. Mereka berhasil lari dari kyklós milik Ian.

Jisoo berdiri. Tangannya dibawa ke hadapan. Cahaya hijau muda menyinari kedua-dua tangannya. Begitu juga sebelas badan kawan-kawannya yang sudah lemas. Badan mereka bersinar dengan cahaya betwarna hijau muda.

Nafas dalam ditarik lalu dilepaskan. Dia berani membuat langkah besar ini supaya tiada yang pergi. Sekurang-kurangnya, kalau dia lakukan langkah ini, dia hanya akan tertidur sehingga tenaganya kembali penuh.

Dengan tenaga yang tersisa, Jisoo salurkan semuanya kepada kawan-kawannya. Beruntung yang Ian sedang sibuk dengan Seokmin. Membuatkan dia berani membuat langkah tersebut.

Bruk

Jisoo jatuh dengan mata yang tertutup. Nafasnya seketika menderu sebelum kembali normal. Selepas menyelesakan diri dengan tenaga yang diberi Jisoo, Jeonghan terlebih dahulu mendekati sahabatnya.

Dipangku kepala Jisoo. Tangannya membelai rambut Jisoo sebelum seseorang memegang bahunya. Kepalanya ditoleh untuk melihat sosok yang memegang bahunya.

" Perjuangan kita belum habis. Jangan sia-siakan tenaga yang Jisoo beri " ujar Seungcheol. Jeonghan mengangguk sekilas lalu meletakkan kepala Jisoo dengan lembut.

Dia bangun dibantu Seungcheol. Semua sudah menyeru senjata masing-masing semula. Jeonghan turut menyeru Hany untuk kembali. Dalam kiraan tiga, mereka terus meluru ke Ian yang masih mendominasi Seokmin.

Apa...

Tuah sedang menyembunyikan diri sekarang?

Kenapa...

Rin dan Min kembali?

Siapa...

Pemenang kali ini?

Lagi.

Badan mereka tergeletak di mana-mana. Bersepah. Yang penting, ruang tamu sudah hancur. Televisyen sudah selamat menjadi abu. Dinding pemisah dapur juga sudah menjadi kepingan batu.

" Sudahlah budak hingusan. Korang akan kalah. HAHAHAHAH " Rin mentertawakan nasib Seventeen sekarang.

Puas melihat kedua belas badan itu tergeletak tidak berdaya di lantai. Berlumuran darah dan sudah kehilangan banyak tenaga. Hanya mampu terbaring melihat tiga orang penyerang itu.

Tap tap

" Tapi korang lupa aku " celah satu suara berat yang turun dari tangga.

Semua perhatian tertumpu pada arah tangga. Melihat seseorang yang sedang melangkah dengan ais yang tertinggal sebagai jejak langkahnya. Salji bercahaya yang mengelilingi badannya. Iris mata kanannya yang berwarna biru juga ada beberapa helai rambut yang berwarna putih.

" Wonu hyung " gumam Seungkwan apabila melihat penampilan baharu Wonwoo yang amat berlainan.

Tanpa kaca matanya yang bulat. Sedangkan seorang Jeon Wonwoo tidak mampu melihat tanpa menggunakan benda bulat itu. Tetapi kali ini, dia berjalan tanpa benda bulat tersebut.

Tangannya di bawa ke hadapan bersamaan kakinya yang masih melangkah ke hadapan. Mukanya tiada perasaan, beku dan dingin seperti majik nya.

Srkk

Min selamat melekat pada dinding yang entah kenapa masih utuh. Dengan ais tebal yang mula merebak menutupi sekujur badannya.

" Yah! " dikeluarkan pedangnya lalu meluru ke arah Wonwoo yang masih tidak bersedia.

Trang

Pedang Rin patah apabila Wonwoo melindungi dirinya menggunakan lengannya yang sudah dibaluti ais tebal. Berbekalkan judo yang pernah diajar, badannya diputar untuk menendang kepala Rin.

SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』Where stories live. Discover now