" Jihoon hyung. Myungho hyung! "
Nada Seungkwan naik sedikit apabila melihat wajah Jihoon, yang berdiri di hadapan sekali, dihiasi dengan warna merah dan ungu.
Apatah lagi melihat lengan baju Myungho yang berdarah. Menaikkan lagi nadanya yang sedia tinggi.
Dia terus bergegas ke arah Myungho. Dipusing-pusingkan badan kurus itu. Cuba mencari kesan luka yang lain.
Dihembus nafas lega apabila tiada luka lain. Perhatiannya teralih kepada wajah yang lain. Dahinya berkerut sejuta. Ketika itu juga, sesuatu terlintas difikirannya.
" Eh kejap. Ini belum lagi waktu habis sekolah, kan? " soal Seungkwan selepas masa sekarang terlintas di kepalanya.
Memandang wajah mereka yang lebam. Tidak lupa juga baju mereka yang koyak dan kotor. Kecuali empat orang termasuk Myungho.
◕ flashback... ◕
ZRRRT!
Jeritan menahan sakit mula kedengaran. Mengalun merdu di dalam Trapezaría. Tidak berhenti di situ, Jihoon menyalurkan lebih banyak elektrik dari awangan.
Selepas beberapa minit, keadaan kembali sepi. Semua pelajar terduduk letih dan menahan sakit di lantai. Tidak mampu lagi berkata apa-apa. Misi Jihoon untuk menutup mulut-mulut puaka itu berjaya dengan jayanya.
" Ark! " rintih Myungho lagi apabila terasa lukanya yang hampir pulih, kembali berdenyut dengan kuat dan berdarah kembali.
" Jangan sentuh kawan aku. Korang hanya budak buangan " ujar seorang pelajar yang masuk ke dalam Trapezaría dengan langkah yang bongkak.
Juga ada seorang lagi pelajar yang memakai uniform sekolah yang lain. Uniform sekolah yang biasa adalah berwarna biru pekat, sulaman benang perak di bahagian dada + lengan atas + bawah, lengan baju yang berwarna biru cair dan selendang satin berwarna kelabu terlilit kemas di pinggang.
Tetapi pelajar itu memakai uniform sekolah yang...
YOU ARE READING
SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』
Fantasía⚠️ NEW FACE ⚠️ Not a sequel. But a new face for SEVENTEEN『세븐틴』. Too many works if I still continue under the first book. Want information? Go read the first book