" Miss, apa masalah kawan saya sampai pengsan? " soal Mingyu yang tidak sabar.
Bayangkan. Mereka sampai di Domthera ketika masa rehat. Dalam jam 1035. Tetapi, sekarang sudah jam 1915. Baru diperiksa keadaan dua jejaka yang dibawa ke situ.
Tetapi masih boleh cuba difahami kerana Domthera dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang lari lintang-pukang ketika masa rehat. Ada yang tercedera, ada yang pengsan dan ada juga yang meracau tidak boleh ditenangkan.
Bak kata hati Mingyu, tampar sahaja sampai pengsan mana yang meracau tu. Habis cerita.
" Untuk Lee Seokmin, dia dehidrasi. Dah tahu majik fire, tak reti nak minum air banyak dan Carat Orb dia mengganggu jantung. Itu yang pengsan sebab majik berlebihan di dalam badan dan menyebabkan sarung tangan yang dia pakai tiada guna " jelas Miss Inyoung tentang keadaan Seokmin.
" Dan untuk Jeon Wonwoo, aku tak tahu kenapa. Dia pemegang majik healing, tapi tak boleh rawat diri sendiri. Sama juga. Carat Orb dia ganggu jantung. Dan dia demam panas. Itu sahaja. Kalau ada apa-apa yang terjadi, panggil sahaja Jisoo pelajar tahun 5. Pandailah dia betulkan keadaan. Bye~ "
Rasa tercengang mereka sekarang. Sebab itu para pelajar lebih percaya kepada pelajar yang memiliki majik healing berbanding pengajar yang di Domthera. Mengikut keadaanlah.
" Eh? Korang bukan pelajar tahun 3 yang dikatakan penjilat kasut? Aku ingat lagi yang korang pernah kena lempar dengan tomato busuk untuk lindungi kawan korang " tegur Soonyoung.
Lagikan pula katil tempat kawan masing-masing adalah bersebelahan. Memang senang nak cam siapa.
Plak!
" Kau terlalu banyak dengar khabar angin sampai kau percaya berita karut " marah Jihoon selepas memukul belakang kepala Soonyoung.
" Maaflah kalau mulut dia ni celupar sangat. Asyik lupa nak campak dia ke kandang harimau sebab terlalu menyakitkan kepala " Junhui mengucapkan maaf kepada Mingyu dan Myungho.
Dan dua jejaka itu hanya tersenyum kekok. Ahaha. Ini bukan kali pertama mereka lihat sunbae berperangai pelik. Tetapi itulah. Tetap tidak terbiasa.
" Gwaenchanhayo. Ya. Kami yang lindungi kawan kami dari dilempar tomato busuk " jelas Myungho dengan sopan.
" Kami harap sunbae tak keberatan berdekatan kami " ujar Mingyu pula.
" Eih. Kami pon pernah lalui benda itu. Hanya saja terkena susu basi. Sama cerita " ujar Junhui dengan tenang.
" Eh! Kita belum perkenalkan diri lagi. Aku Kwon Soonyoung. Pelajar tahun 4 dan pemegang majik water. Mereka bertiga kawan aku. Moon Junhui, pemegang majik wind. Lee Jihoon, pemegang majik lightning. Dan yang terbaring ni Jeon Wonwoo, pemegang majik healing "
Junhui yang tersenyum lembut dan membuat pose kacak, Jihoon yang hanya menganggukkan kepalanya sekilas. Benar-benar berlawanan.
" Kami pelajar tahun 3. Saya Kim Mingyu, pemegang majik gforce. Ini Seo Myungho, pemegang majik manipulation. Dan yang terbaring ni, Lee Seokmin. Pemegang majik fire " jelas Mingyu.
" Maaflah kalau celupar sangat. Seokmin, dia tak boleh kawal majik dia? Sampai perlu pakai sarung tangan " soal Junhui yang mulutnya sudah gatal untuk bertanya tentang itu.
Mingyu dan Myungho saling berpandangan. Mereka berdua mengangguk serentak sebelum memandang kembali sunbae mereka.
" Dia boleh kawal dengan baik. Sehinggalah 10 tahun yang lalu "
" Kejadian yang sama? " dan Mingyu mengiyakan pertanyaan Junhui.
" Wah! Kita ditakdirkan bersama. Kami pon terkesan dengan kejadian tu " seru Soonyoung dengan wajah yang ceria.
YOU ARE READING
SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』
Fantasía⚠️ NEW FACE ⚠️ Not a sequel. But a new face for SEVENTEEN『세븐틴』. Too many works if I still continue under the first book. Want information? Go read the first book