Cuti seminggu sudah tamat. Para pelajar juga sudah mula kembali ke sekolah seperti biasa.
Dan masalah watak utama kita,
Sudah selesai sepenuhnya /j
Semestinya belum! Akan mengambil banyak masa untuk dibetulkan. Mereka(bertujuh) masih lagi teguh dengan ego mereka.
Setiap kali ternampak wajah Wonwoo, pasti akan disindir dengan suara yang kuat seperti ingin membiarkan satu dunia tahu bahawa Wonwoo adalah penjenayah.
Lebih teruk lagi, malam sebelum sekolah kembali dibuka, satu surat dari RiaKa Miks sampai ke oreinó.
Isinya menyatakan untuk sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Seungcheol walaupun sehelai rambut, akan dicari sehingga dibunuh oleh Ketua Choi sendiri.
Mereka(berenam) meremang apabila membuka dan membaca surat itu. Apatah lagi Seungcheol. Dia tidak tahu bagaimana ayahnya boleh tahu tentang keadaan dirinya.
Sedaya-upaya mereka cuba menyorokkan surat itu dari tujuh yang lain tetapi terbongkar juga kerana surat yang sama datang kepada Jeonghan.
Ditulis sendiri oleh Ketua Choi yang menyuruhnya untuk menjaga Seungcheol dari ancaman. Tanpa ayah kepada Choi Seungcheol itu tahu yang Jeonghan sendiri dalam fasa musuh dengan anaknya.
" Hey. Lihatlah. Mana kawan dia lagi tiga? Bukan mereka selalu bersama? "
" Kenapa dia rehat dengan tahun 1? "
Chan yang bersama Wonwoo waktu rehat sekarang. Mendidih kepalanya mendengar semua pelajar yang berselisih atau ternampak mereka akan menghina mereka berdua.
Yang lain sibuk dengan sesuatu sehingga tidak dapat rehat bersama. Membuatkan Chan tiada pilihan selain menemani Wonwoo.
Tangannya memegang lengan Wonwoo. Menguatkan semangat jejaka berkaca mata bulat itu.
" Gwaenchanha " ucap Wonwoo. Dia tidak menepis tangan Chan kerana dia memang perlukan sokongan sekarang.
Selesai mengambil makanan, mereka mengambil tempat yang jauh dari kerumunan orang. Makan dengan tenang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Klang!
" Yah! " pekik Chan apabila melihat seseorang menolak dulang makanan Wonwoo sehingga jatuh ke lantai. Tidak boleh diselamatkan lagi makanan yang sudah terkena lantai itu.
" Hey. Aku tak sangka budak tahun 1 boleh seganas ni apabila berhadapan dengan sunbae. Berlagak sangat kau "
Chan mengetap rahangnya. Kenapa? Kenapa ketika dia bersendirian dengan Wonwoo lah baru ada masalah datang? Kenapa bukan ketika ada Seungcheol atau Hansol?
Didudukkan dirinya dengan marah. Belum sempat sudunya menyentuh makanan yang masih tersisa, dulang makanannya pula jatuh mengena pakaian yang dipakai.
" Sudah Song Wonshik. Aku tahu kau ada masalah dengan aku. Bukan Chan. Jangan kacau dia " ujar Wonwoo dengan tenang.
" Kalau aku tak nak? Jangan ingat adanya Seungcheol di sisi kau, kau boleh jadi kuat. Tak. Kau lemah sebenarnya "
Kalau bukan kerana identiti Wonwoo, sudah lama Chan melaung sekuatnya tentang kekuatan Wonwoo. Terlalu berlagak sunbae di hadapannya ini.
" Hyung, jom pergi. Sini banyak lalat " ajak Chan sambil memegang dulangnya.
" Siapa kata kau boleh pergi? " soal Wonshik sembari menolak badan Chan dengan kuat.
Membuatkan badan yang lebih kecil terhantuk pada dinding dan Chan terus tidak sedarkan diri kerana kepalanya yang terhantuk terlebih dahulu.
" Chan! " ditolak kasar Wonshik lalu mendekati Chan.
YOU ARE READING
SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』
Fantasy⚠️ NEW FACE ⚠️ Not a sequel. But a new face for SEVENTEEN『세븐틴』. Too many works if I still continue under the first book. Want information? Go read the first book