VII ; The Future

98 12 40
                                    

" Hyung. Ergh. Wonwoo hyung " panggil seseorang dengan suara yang serak.

Matanya cuba dibuka. Tetapi hanya rasa perih dan kabur sahaja yang dia dapat. Tekaknya juga terasa kering. Seperti tidak minum untuk masa yang lama.

" Hyung. Tolong "

Dalam kabur, dirinya cuba bangun untuk duduk. Tetapi tidak mampu. Dia hanya mampu menyangga diri dengan sikunya.

Matanya masih tidak mampu untuk melihat dengan benar. Sekuat mana dia menggosok atau memejam matanya. Seperti ada yang menghalang penglihatannya.

Dia dapat menangkap satu bayang berbekalkan cahaya dari sang rembulan di dalam bilik yang gelap itu. Bayang seperti orang berdiri tegak di tingkap.

Dia cuba melihat siapa. Tetapi sebelum sempat dia pusingkan kepalanya, sebuah tangan besar nan kasar menutupi matanya terlebih dahulu.

" Tidurlah. Ini hanya mimpi buruk untuk kau " bisik orang itu tepat di telinga Seokmin.

Perlahan-lahan, orang itu membaringkan Seokmin dengan lembut. Tangannya masih setia menutupi mata Seokmin.

" Siapa... kau? " soal Seokmin, yang entah kenapa tidak rasa takut. Malah dia berasa selamat dan tenang.

Tetapi tiada jawapan. Dapat dia rasakan sebuah tangan lagi memegang dahinya. Terasa sejuk dan melegakan badannya yang bersuhu tinggi.

Semakin lama matanya semakin memberat. Tertutup begitu sahaja sehinggalah tangan yang menutupi matanya diangkat. Begitu juga tangan di dahi Seokmin.

Digenggam pula tangan kiri Seokmin, yang masih berbalut dengan sarung tangan hitam walaupun tidur, digenggam erat sambil tangannya mengeluarkan cahaya berwarna putih. Empingan salji terkeluar disebalik cahaya putih itu dan mendarat di atas katil.

Selepas beberapa minit, cahaya itu menghilang dan diletakkan kembali tangan Seokmin dengan lembut. Tangannya naik untuk memegang dahi Seokmin. Suhunya sudah turun.

Dia kembali berdiri. Menghadap tingkap lagi sekali. Melihat sang rembulan yang sedang bersinar sempurna sekarang. Mengagumi benda bulat itu seperti ini adalah kali terakhirnya melihat benda itu.

" Hyung! "

Badannya terduduk. Matanya melebar dan dadanya berombak kencang. Meraup sebanyak mana udara segar yang dia perlukan.

Dengan cepat kepalanya menoleh ke arah katil Wonwoo. Diamati sahaja wajah damai Wonwoo yang masih terbaring di atas katil.

Seokmin turun dari katilnya. Tanpa rasa takut kerana dimarah, selimut yang menyelimuti badan Wonwoo ditarik kasar dan dilempar jauh.

Diangkat badan yang lebih tua untuk duduk. Diperiksa setiap inci dengan serius. Seperti sedang mencari sesuatu yang tersembunyi.

Dilepaskan nafas lega. Apa yang dicari tidak dijumpai langsung.

" Wae, Seokmin-ah? " soal Wonwoo dengan suara bangun tidurnya dan matanya yang masih tertutup. Dia sudah terjaga ketika Seokmin menarik selimutnya dengan kasar. Membiarkan sahaja Seokmin memeriksa badannya kerana masih mamai.

Pap!

" Hyung, jangan pergi " ujar Seokmin selepas memeluk badan Wonwoo dengan erat. Seperti takut badan itu akan pergi menjauh.

Wonwoo membuka matanya perlahan-lahan. Tangannya naik untuk memeluk kembali badan Seokmin. Ditepuk lembut belakang itu.

" Aku nak pergi mana? Inilah rumah aku. Kenapa? Tiba-tiba saja kau tarik selimut aku dan periksa badan aku macam cari sesuatu " soal Wonwoo dengan perangai pelik Seokmin.

SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』Where stories live. Discover now