VIII ; Revenge

94 12 17
                                    

" Bawa Yang Yoojin kembali ke bandar. Kalau boleh, bawa sekali Song Wonshik dan Ryu Hwan " ujar Seungcheol dengan senyuman yang manis.

" Apa? Bawa anak aku keluar sekolah ni? Tak. Memang pangkah besar. Aku tak akan bawa Yoojin kembali ke bandar. Kau faham tak rakyat bawahan? "

" Pakcik. Dah tahu ni sekolah rakyat bawahan, kenapa bawa anak pakcik ke sini juga? Atau... " Myungho terjeda seketika. Membuatkan yang lain berdebar-debar.

" Dia ada buat masalah bersama dua kawan dia yang lain di bandar sehingga tidak dibenarkan bersekolah di sana sama sekali. Sebab di sini semuanya rakyat-rakyat yang tidak mampu pergi ke sekolah di bandar. Sebab biaya yang mahal dan kekuatan majik tidak dijamin semakin kuat. Benar, Yang Terhormat Penasihat Yang Hanjin? "

Betul. Benar. Tepat. Menusuk tepat ke kalbu Penasihat Yang.

" Kau jangan buat fitnah budak " ancam Penasihat Yang sembari tangannya mengeluarkan majik nya sendiri.

" Benar bukan? Lihat dari gaya pakcik marah, memang betul Yang Yoojin dan kroninya ada buat masalah besar " ujar Mingyu yang menyokong pernyataan Myungho sambil tersenyum sinis.

Penasihat Yang mengetap rahangnya. Dia telah masuk ke dalam jerat.

" Appa! " serta merta majik ditangannya hilang apabila dipanggil penuh dramtik oleh si anak.

" Yoojin-ah, gwaenchanha? Appa dengar yang kamu perlu rehat selama seminggu sebab cedera dalaman. Kenapa tak duduk sahaja di dorm? "

" Tak mengapa. Kenapa appa di sini? Kan Jin dah cakap. Bukan salah mereka "

" Lihat. Korang lihat. Anak aku cukup lembut. Pijak semut juga tak mati. Ada hati korang kata dia mulakan dahulu pergaduhan yang bukan dia mulakan? "

Bapak borek anak rintik.

" Cukup. Aku dah bosan dengan sandiwara murahan korang. Aku dah malas nak hadap. Aku dah penat nak simpan apa yang terbuku di hati aku " ujar Jihoon sembari bangun selepas rasa senaknya hilang.

Sementara Jihoon bercakap, Trapezaría yang bergantung kepada cahaya sang mentari, semakin menggelap. Seperti ada sesuatu yang menutup sang mentari dari terus memancarkan sinarnya.

" Jadi, dengarkan apa yang terbuku di hati aku " Jihoon mengakhiri percakapannya dengan senyuman sinis. Dan...

Kaboom!

Kilat sabung-menyabung di langit. Hujan yang mula turun dengan lebat tanpa belas ihsan. Angin yang bertiup kencang tanpa halangan.

Selepas beberapa minit, keadaan kembali terik. Seperti tiada apa-apa yang terjadi sebelum ini.

Semua orang kecuali 96z, terdiam kaku. Masih sedikit terkejut dengan perubahan cuaca yang berlaku. Seperti memusingkan telapak tangan sahaja. Secepat itu cuaca boleh berubah.

Hanya kerana Lee Jihoon sudah tidak mampu menahan emosinya.

" Dan... Terima kasih kerana sudah mendengar luahan hati aku " ucap Jihoon bersama senyuman yang amat manis.

Tetapi di mata orang lain kecuali dua belas lagi kawannya, senyuman itu amat mengerikan. Seperti kalau lihat senyuman itu lagi, pasti akan ada bencana yang terjadi.

Kemudian dia berpusing kembali untuk menyambung makannya yang terganggu. Begitu juga yang lain.

" Tak guna " gumam Penasihat Yang. Dia sendiri tidak percaya yang dia sendiri akan takut pada seorang rakyat bawahan.

Secara tersembunyi, tangannya mengeluarkan sesuatu. Dan juga dalam sekelip mata, dia membaling sesuatu itu ke arah mereka bertiga belas yang sedang berborak ceria, mengendahkan kehadirannya yang langsung tak diundang.

SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』Where stories live. Discover now