IX ; Uncover Truth

122 13 32
                                    

" Han "

Jeonghan sedikit terganggu dengan panggilan itu. Dia mahu tidur lagi. Jadi, jangan kacau tidurnya yang indah.

" Yoon Jeonghan " dan kali ini, dia merasakan ada seseorang yang sedang bermain dengan rambut panjangnya.

" Jangan kacaulah " marah Jeonghan sambil memegang tangan yang bermain dengan rambutnya itu.

" Arh! "

Jeonghan serta merta mengangkat kepalanya. Melihat wajah tuan empunya tangan yang dia pegang dengan kuat.

" Sakit, Jeonghan! " dilepaskan tangan yang dipegang.

" Morning " ucap Seungcheol tanpa dosa selepas mengejutkan Jeonghan. Tidak lupa juga lesung pipitnya yang menawan muncul ketika dia tersenyum.

" Bodoh. Aku tunggu kau untuk bangun. Ini yang kau buat?! " tengking Jeonghan yang berjaya mengejutkan mereka yang tidur pulas.

Tangannya naik untuk menarik kolar baju Seungcheol. Ditolak dan tarik badan Seungcheol beberapa kali sambil bercakap dengan lantang.

" Jangan berlagak jadi pahlawan boleh tak? Kalau terus mati, tak mengapalah juga. Nak juga buat aku risau tengok kau terbaring tak berdaya. Bodoh. Lepas tu, kau buat apa? Teleport kami dan beberapa pelajar yang terdekat ke Hall of Speak dan pelajar yang lain ke hutan belakang sekolah. Tapi kau tak teleport diri kau sendiri. Are you f****** kidding me?! Kau boleh selamatkan orang. Tapi kau tak boleh nak selamatkan diri kau. Kenapa kau lembap sangat hah?! Kau buat kami risau dengan keadaan kau. Kau sebut nama dia. Kau pernah janji yang kau tak akan sebut nama dia. Tapi kau sebut. Kau panggil nama dia waktu kau di bawab runtuhan. Kau sahabat yang paling bodoh, sengal, bebal dan bangang "

Tangannya yang menggenggam kolar baju Seungcheol melonggar. Puas mengeluarkan segala emosi yang dia tahan sejak malam. Esakan mula terdengar.

" Tapi sayang. Aku terlalu sayangkan kau. Welcome back " ucap Jeonghan selepas memberikan satu pelukan hangat.

Mereka yang masih mamai dan terduduk di tempat tidur, cepat-cepat bangun dan ikut berpelukan. Menyalurkan sebanyak kasih sayang yang ada.

" Sesak " ujar Seungcheol kerana dia dipeluk oleh dua belas orang sekali gus.

Seorang demi seorang melepaskan pelukan. Mereka tersenyum manis apabila melihat Seungcheol membuka mata kembali.

" Hah. Dah bangun pon. Biar saya periksa keadaan awak " celah Miss Inyoung yang baru masuk ke dalam Domthera.

Miss Inyoung datang mendekat dan memeriksa keadaan Seungcheol. Mereka berdua belas memberi ruang kepada Miss Inyoung. Tidak mahu mengacau pemeriksaannya.

" Tiga hari kamu tak sedarkan diri. Tapi pemulihan kamu amat pantas. Hanya sahaja akan ada sedikit ralat ketika kamu menggunakan majik teleport. Sebab kamu menggunakan majik ketika kamu diambang maut. Luka luaran semuanya sudah sembuh. Atas jasa Jisoo kerana saya perlu selamatkan dalaman kamu dahulu ketika itu " ujar Miss Inyoung berserta senyuman yang manis.

" Luka dalaman kamu amat teruk. Saya tak tahu apa yang menimpa kamu semua yang berada di dalam Trapezaría tiga hari yang lalu. Tapi yang peliknya, luka dalaman kamu dah sembuh. Totally. Sedangkan saya tak cukup tangan ingin menyembuhkan keseluruhan luka yang ada. Apa boleh buat. Awak pon dah sembuh. Jaga diri. Jangan terlalu gunakan majik. Saya minta diri dahulu " mereka membongkokkan sedikit badan sebagai tanda hormat lalu kembali mengelilingi katil Seungcheol.

" Wah~ Hyung macam hero. Selamatkan orang lain. Tapi itulah. Hyung tak reti nak selamatkan diri sendiri " ujar Chan. Nadanya pada awal ayat amat bersemangat. Tetapi di hujung ayat, nadanya mengendur.

SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』Where stories live. Discover now