" Wonwoo-yah. Pergilah Domthera. Muka kau dah pucat " tegur Jihoon sambil memandang wajah kawannya penuh kerisauan.
" Gwaenchanha. Aku hanya lapar " balas Wonwoo dengan tidak bermaya.
Kalau boleh campak ke Domthera sana, dah lama campak. Tapi itulah. Sedar yang dirinya akan patah riuk untuk mencampak badan tinggi kawannya itu.
Hampir terkeluar anak tekaknya menasihati kawannya itu. Sudahlah semalam terlalu lama di dalam tandas. Sehingga Soonyoung habis nangis baru dia keluar. Haih.
Keluar pula dengan muka yang pucat dan peluh yang membasahi baju yang dipakai. Mana tak risau. Lepas tu diam sahaja bila ditanya.
" Jihoon-ah. Wonwoo-yah. Korang ada jumpa Soonyoung? " soal Junhui sejurus sahaja melihat kawan-kawannya di tepi pintu Trapezaría.
" Dia kata tak sedap badan. Itu yang dia duduk dalam dorm kami " balas Jihoon tentang di mana Soonyoung berada sekarang.
" Eh? Dia ada tadi dalam kelas. 5 minit sebelum rehat, dia keluar dan tak balik ke kelas. Aku fikir dia akan tunggu. Terus hilang rupanya " jelas Junhui tentang keadaan yang dia alami.
Jelas terlihat yang Wonwoo Jihoon bingung dengan keadaan sekarang. Masih segar lagi dalam ingatan mereka yang Soonyoung tidak bangkit dari tempat tidurnya.
Jejaka itu sendiri yang mengatakan dia tidak sedap badan. Wonwoo ingin memberikan pertolongan, mengingat kembali yang dia adalah pemilik majik healing, tetapi ditolak mentah-mentah oleh Soonyoung.
Tidak boleh berbuat apa lagi selain mempercayai kata-kata Soonyoung. Mereka meninggalkan dia seorang diri di dorm mereka dengan alasan yang Soonyoung berikan.
" Hai kucing-kucing sekalian. Wah! Korang tunggu aku? Gomawo~ "
Sapaan Soonyoung yang datang secara mengejut itu dibalas dengan tatapan pelik dari mereka bertiga. Sulit untuk menjelaskan pandangan mereka sekarang kerana merek sendiri tidak faham dengan situasi sekarang.
" Kenapa korang pandang aku macam tu? Aku ada buat salah? " soal Soonyoung yang sepertinya belum lagi menangkap kesalahannya.
" Kwon Soonyoung. Kau kata tak sedap badan. Tapi kenapa kau di sini? Bukan di dorm? " Jihoon memandang Soonyoung meminta penjelasan. Sebelum dia sendiri yang mendapatkan jawapan dengan cara kasar.
" Oh~ Tentang itu. Korang pergi awal sangat. 45 minit sebelum loceng pertama berbunyi. 5 minit sebelum loceng pertama berbunyi, badan aku tiba-tiba rasa okey. Itu yang terus pergi dorm sendiri dan tukar baju apa semua. Tada! Aku sempat masuk ke kelas beberapa saat sebelum Miss Nara masuk "
" Kenapa kau keluar awal 5 minit? "
" Yang itu... Aku betul-betul nak membuang hajat. Tak nak keluar pula dia. Itu yang duduk lama dalam tandas " sambung Soonyoung lagi.
Mereka bertiga mengangguk faham. Pelik-pelik betul jejaka bernama Kwon Soonyoung ini. Huuu.
" Tentang semalam, aku minta maaf kalau kau terasa hati sebab aku halau kau " ucap Junhui dari lubuk hatinya yang terdalam.
Sebenarnya, dia biasa sahaja apabila bergurau kasar dengan Soonyoung. Terapi itulah. Dia juga ada masalah tentang semalam. Itu yang jadi sedikit sensitif dan tidak berfikiran dengan lurus.
" Eih. Gwaenchanha. Salah aku juga sebab lupa. Bagus juga kau halau aku. Ditenangkan dua orang yang tersangatlah dingin. Perghh. Terasa berada di syurga " pekik Soonyoung.
" Wonwoo? Kau okey tak? Muka kau dah pucat teruk " baru sekarang Junhui perasaan tentang perubahan kawannya itu.
" Ni mesti gastrik lagi. Jomlah makan terus. Ada yang kena papah masuk Domthera lagi nanti " ajak Soonyoung yang menarik tangan Wonwoo, yang menarik tangan Junhui, yang menarik tangan Jihoon.
YOU ARE READING
SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』
Fantasy⚠️ NEW FACE ⚠️ Not a sequel. But a new face for SEVENTEEN『세븐틴』. Too many works if I still continue under the first book. Want information? Go read the first book