" Mereka hilang "
" APA?! Kau tak dapat jejak mereka? Mereka mahu pergi mana lagi selain rumah? Bodoh "
" Waktu pagi, mereka ke sekolah seperti biasa untuk berlatih. Para pengajar tahu yang hubungan mereka renggang dan diarahkan untuk tidak turun latihan melainkan mengurus hubungan mereka " lapor Rin.
" Habis tu? "
" Aku dapat rasakan kekuatan yang menghalau aku pergi. Tapi aku dapat jamin tiada yang tahu keberadaan aku. Itu adalah kekuatan makhluk dan aura haiwan legenda. Mereka sempat bertengkar dan Wonwoo hilang bersama makhluk yang tidak dikenali itu. Tapi haiwan legenda kekal di sana. Selepas beberapa minit, mereka hilang tanpa jejak. Seperti ditelan sesuatu yang berkuasa "
" Apa yang terjadi di sini? " diusap dagunya yang bersih tanpa janggut itu.
" Tapi aku dengar yang dia juga merupakan kalón "
" Summoner? Yah~ Dia betul-betul berani kali ini. Tak mengapalah. Aku sendiri akan cari dia. Berundur buat sementara waktu dan serang bila aku arah. Faham? "
" Baik, tuan " Rin menghilang. Meninggalkan tuannya memikirkan cara mahu mencari di mana Seventeen.
•-•-•-•-•-•-•-•-•-•-•-•
" Kau bawa kami ke mana hah?! " soal Mingyu dengan lantang.
" Oi Putera Dokyeom. Kau tak ingat tempat ni? " panggil Rang yang mengendahkan Mingyu.
Mata mereka berdua belas melilau. Melihat sekeliling. Tempat di mana Rang membawa mereka pergi secara tiba-tiba.
Tetapi tempat itu terasa asing untuk mereka. Sejuk. Itu sahaja yang mereka rasakan sekarang.
" Welcome to the biggest massacre place in Fantasía "
Terkejut. Bahkan mereka menahan nafas mereka sekarang. Bumi tempat mereka berpijak ini adalah...
" Ayes Kingdom? "
" Bingo! " jawab Rang dengan riangnya sambil menghirup udara yang telah lama dia tidak hirup.
" Kenapa tak-- "
" Bau darah? Salji tak turun 10 tahun ni, tapi hujan masih turun. Lagipun 10 tahun sudah berlalu. Ayes Kingdom pon besar dan bukan kawasan tertutup "
" Apa kita buat di sini? " soal Chan pula.
" Lawatan sambil belajar "
" Eh?! " pekik mereka berdua belas.
" Kenapa terkejut? Bukan aku nak bunuh korang pon. Aku dah kenyang makan hati haiwan di Eléf Region. Saja nak bawa korang jalan-jalan sekitar sini. Aku tahu korang tak pernah jejakkan kaki di sini. Itu yang aku sepakat dengan Yeon. Dia bawa Wonu, aku bawa korang. Gitu " jelas Rang.
" Apa kita boleh pergi Págos Louloúdi? " soal Seungkwan.
" Semestinya. Itu adalah salah satu keajaiban di Ayes Kingdom. Siapa bantah, aku tinggalkan dia "
Rang melangkah pergi. Diikuti Seventeen kecuali Wonwoo. Mereka ikut tanpa banyak soal lagi. Takut-takut membangkitkan kemarahan rubah berekor sembilan itu lagi.
" Sejuk " keluh Jeonghan yang sudah memeluk tubuh kerana tidak tahan sejuknya keadaan di sekelilingnya sekarang.
Kerana telinganya yang sensitif, Rang memberhentikan langkahnya. Dia memusingkan badannya untuk melihat keadaan dua belas pelajar yang dia bawa. Dia tak kejam sangat untuk membiarkan mereka kesejukan.
YOU ARE READING
SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』
Fantasy⚠️ NEW FACE ⚠️ Not a sequel. But a new face for SEVENTEEN『세븐틴』. Too many works if I still continue under the first book. Want information? Go read the first book