" Wah! Aku menang lagi " seru Soonyoung dengan kuat.
" Aishh " dengus Jihoon kerana dia kalah dalam permainan Halli Galli.
" Tak nak mainlah. Asyik Soonyoung hyung menang " ujar Chan.
Mereka berdua menjadi begitu kerana kad milik mereka habis. Junhui yang turut main bersama sudah menghilangkan diri. Dia juga kalah.
Soonyoung memuncungkan bibirnya dan mengemas kad-kad dan loceng. Eih. Dah kalah, buat cara kalah.
" Jisoo hyung, berapa banyak kali menang? " soal Chan yang mendekati Jisoo dan Hansol yang sedang bermain catur tidak jauh dari tempat mereka bermain.
" Jangan cakap dengan Jisoo hyung, Chan. Dia kalah semua pusingan " bisik Hansol selepas menarik Chan untuk mendekat.
Chan mengangguk ria. Patutlah abang yang paling tenang di antara mereka nampak serius seperti sedang menentukan hidup mati seseorang.
" Hansol-ah " panggil Jisoo dengan nada yang serius. Membuatkan dua jejaka yang mendengar panggilan Jisoo tersebut meremang seram.
" Ne, hyung " sahut Hansol.
" Macam mana kau boleh pandai main catur? Aku selalu main dengan papa dan selalu menang. Tapi kenapa main dengan kau, aku kalah "
" Ahah " Hansol tertawa canggung.
Nada Jisoo amatlah serius sehingga dia anggap yang abangnya seorang ini akan mengatakan sesuatu yang serius." Kalau appa ada di rumah, aku main catur dengan dia. Kalau tak, aku main dengan adik aku " jelas Hansol dengan tenang.
" Yah~ Kau boleh merancang strategi dengan bagus kalau begitu. Sebab kau boleh kalahkan anak gen-- "
" -- dalam permainan catur. Ahahaha. Aku nak pergi dapur sekejap " Jisoo terus beredar meninggalkan Hansol dan Chan yang terpinga-pinga.
" Kau tak rasa tiga abang tertua kita pelik? Mereka seolah-olah menyorokkan identiti mereka " celah Mingyu yang menyelit di antara mereka berdua.
Dia secara kebetulan terdengar kata-kata Jisoo yang tergantung. Itu yang dia nak bahaskan kepada Hansol dan Chan.
" Kan. Seungcheol hyung lagilah. Dengan aura yang dia miliki. Nampak seperti bangsawan kelas atas. Jeonghan hyung pula berwibawa. Walaupun kadangkala tak. Jisoo hyung nampak lembut sekali gus tegas. Seperti... " ayat Chan tergantung. Dia tampak memikirkan sesuatu.
" Anak general! " serentak Mingyu dan Chan menyambung.
" Sprrt! Aigoo " dilap mulutnya selepas tersembur air yang diminum.
" Hampir sahaja nak terbongkar, Hong Jisoo " ujar Jeonghan yang juga masuk ke dapur. Dia juga terdengar kebodohan Jisoo kerana dia hanya menonton filem tadi.
" Terbiasa sangat " balas Jisoo.
" Kau... kenapa? " akhirnya. Apa yang mahu ditanya, terkeluar juga.
" Aku? Kenapa? " soalan dibalas dengan soalan. Bagus.
" Kau layan aku nak tak nak. Sejak dua bulan yang lepas. Kau kenapa? "
Ah. Cakap tentang waktu. Sudah dua bulan berlalu sejak mereka bertemu dengan senjata takdir mereka. Dan mereka semakin mahir menggunakan senjata dan mereka juga mempelajari majik mereka secara lebih dalam.
Mereka juga diajar kombat. Melawan dengan tangan kosong secara dekat. Dan mereka cepat menguasinya kerana itu adalah kemahiran asas di dunia ini.
Jisoo terkekeh sinis. Terasa geli hati pula mendengar pertanyaan Jeonghan tentang perangainya sejak kebelakangan ini.
YOU ARE READING
SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』
Fantasy⚠️ NEW FACE ⚠️ Not a sequel. But a new face for SEVENTEEN『세븐틴』. Too many works if I still continue under the first book. Want information? Go read the first book