Segala senjata disusun teratur satu persatu selepas siap dibersihkan. Beberapa bilah pisau disimpan ke dalam tempatnya begitu kemas supaya tidak berkarat. Penat aku mengasah mata bilah tadi supaya tajam
Seterusnya, aku simpan semula senjata kegemaran aku, sniper rifle. Senjata tanpa bunyi. Sekali kena, auto meninggal
Kebiasaannya, aku akan membunuh mangsa aku semasa diorang dalam keadaan tidur atau tak sedarkan diri. Untuk mengelakkan polis kesan jenayah aku
"Alamak... Peluru banyak ni je tinggal?" Hanya tinggal 6 butir peluru. Memang kena topup baru
Ding dong!
Loceng rumah tiba tiba berbunyi
Tergesa gesa aku memasukkan sniper pada begnya sebelum disimpan ke dalam almari khas
Glove yang aku pakai dibuka. Sempat aku campak glove getah ke dalam tong sampah sebelum berlari menuju ke pintu rumah
Ding dong!
Capai sahaja tombol pintu, aku terus buka tanpa menjengah keluar
Seorang gadis berdiri di hadapan aku dengan pakaian yang begitu elegan
Dia turunkan kaca mata hitamnya sedikit memandang aku daripada atas hingga ke bawah
"Awak siapa ya?"
"Yeochin Sunwoo" Senyuman kecil terukir. Perlahan aku mengangguk
Lawa awek dia
"Awak pula siapa? Kenapa ada dalam rumah Sunwoo?"
"Ouh saya--"
"Maid rumah saya"
Potong Sunwoo daripada belakang sedang membetulkan jam tangan
Dia pandang aku dengan senyuman sengit
Dengan refleks tangan digenggam membentuk penumbuk. Geram saja aku pandang Sunwoo ni. Tak pasal pasal melayang pulak penumbuk aku dekat muka dia
"Ouhh maid eh? Ha betullah tu. Maid rumah ni..." Bibir menguntumkan senyuman paksa. Dalam hati sudah bertalu talu carutan terhambur pada Sunwoo
"Ryun, awak masuk kereta dulu.. Saya nak cakap dengan maid saya kejap" Gadis bernama Ryun tu mengangguk
"Alright baby. Ryun tunggu"
Selepas memastikan Ryun berjalan menuju ke kereta, Sunwoo tarik tangan aku supaya berdiri di belakang pintu
Dengan itu, sedas penumbuk hinggap pada bahu Sunwoo
"Aw!"
"Itu sebab panggil saya maid awak!"
"Betul, patutnya aku panggil kau gengster datang nak kutip hutang. Tumbuk orang tiba tiba. Sakit pulak tu!" Katanya sambil mengusap bahu
"Padan muka"
"Aku nak keluar kejap. Sikit lagi aku balik"
"Kenapa awak tak keluar lama lama? Tak payah balik terus"
"Habis tu, isteri aku dekat rumah siapa nak jaga?" Kening Sunwoo terjungkit sedikit
"Buat apa nak jaga? Awak dah ada yeochin, kan? Pergilah jaga dia" Tangan disilang pada dada menikam anak mata Sunwoo
Lelaki di hadapan aku ini mengukir satu senyuman mengejek
"Cemburu kan?" Aku berdecit
"Tak ada perempuan yang bergelar isteri akan suka kalau suami dia keluar dengan perempuan lain. Tapi pasal hal ni, saya tak boleh nak halang. Kita pun bukannya suka sama suka kan? So, ikut suka awaklah nak buat apa"
"Wah... ayat wattpad mana kau rembat ni?" Bibir bawah digigit. Tangan aku pantas saja naik mencubit pinggang Sunwoo geram
"A-arkk!!"
"Orang tengah serius dia main main! Dah pergilah keluar! Ryun dah tunggu" Sunwoo mengaduh sakit
"Aigoo dua kali aku kena dera dengan kau dalam sehari. Kalau lama lama aku tinggal dengan kau, tak sampai sebulan dah koma agaknya" Sunwoo menjuihkan bibir sambil memegang tempat aku cubit tadi
Saja pasang muka comel supaya aku terpujuk. Tak dinafikan dia memang comel. rasa nak gigit pun ada
"Betul kau tak kisah aku pergi?" Aku mengangguk
"Ye awak pergilah..."
"Aku keluar kejap je tau? Sikit lagi aku balik. Kalau kau rindu bagitahu cepat cepat. Nanti aku balik" Sempat Sunwoo mencubit pipi aku sebelum berlari keluar rumah
Terpaku aku dibuatnya. Pipi dipegang dengan mulut sedikit ternganga
Kenapa dia jadi manja macam tu? Saja nak buat aku sayang dia ke apa?
Aku menggeleng kepala mematikan fikiran tersebut
"Minju, dia dah ada girlfriend. Please sedar" Pintu rumah dijengah untuk melihat kalau kalau Sunwoo masih belum pergi
Yep. Kereta dia dah lesap dah pun
Pin!
Aku baru sahaja hendak menutup pintu, namun suatu bunyi hon daripada sebuah kenderaan membatalkan niat aku
Sebuah kereta berjenama mewah terparkir di luar pagar. Aku mengecilkan mata untuk melihat siapa
Apabila seorang lelaki yang begitu aku kenal keluar daripada kereta, senyuman melebar hingga mata hampir tertutup
Dia juga tersengih memandang aku
"Minju babe~"
"Omo chagi!"
≪•◦ ❈ ◦•≫
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.