: ̗̀➛ minju's pov
Api dapur aku tutup setelah memastikan sup yang aku buat telah masak
Sup untuk hilangkan mabuk Sunwoo
Entah apa yang sampuk dia semalam. Dah tak macam Kim Sunwoo pun ada
Buk!
Bunyi pintu terhempas berbunyi kuat menyebabkan aku berpusing
"W-werrkkk!! Blewrrkk!"
Dengar sahaja bunyi Sunwoo sedang muntah, aku terus berlari masuk ke dalam bilik
Pintu bilik air terbuka luas memaparkan Sunwoo sedang berpaut pada mangkuk tandas muntah habis habisan
Aku datang kearah Sunwoo. Belakang badannya ditepuk membantu dia keluarkan segala galanya sambil tutup mata
Tak pasal pasal aku join dia sekali nanti
"W-werk... ughh..." Selesai muntah, dia terus tekan punat Flush
Tersandar lemah pada dinding sambil memegang perut
Aku tangkas menuju ke singki. Sempat mencapai tisu dan dibasahkan
Mulut Sunwoo aku lap hingga bersih
"Sunwoo awak okay tak ni?" Dia mengangguk perlahan
Aku tarik lengan dia supaya dia berdiri. Namun Sunwoo menolak tangan aku yang melingkari lengan dia
"Aku boleh jalan sendiri..." Katanya lalu menuju ke singki untuk berkumur
"Kejap eh? Saya sediakan sup hangover untuk awak" Tanpa menanti respon Sunwoo, aku berlari menuju ke dapur
Sup dimasukkan kedalam mangkuk. Kemudian aku ambil segelas air putih bersama dan letak di atas satu talam
Talam tersebut aku bawa kembali ke bilik tidur
Sunwoo sedang berdiri di hadapan meja kerja aku sambil pegang perut. Mungkin perut dia terasa pedih ketika ini
"Awak" Panggil aku kemudian Sunwoo menoleh kearah aku
"Makanlah dulu. Hilangkan mabuk awak tu. Ni sup saya masak" Dia mengangguk menghampiri aku ke meja kopi
Sup dan segelas air aku hidangkan atas meja
Sunwoo mengambil tempat di sebelah memandang hidangan dengan mata terkedip kedip
"Minju ah..."
"Hm?"
"Macam mana aku boleh ada dekat sini?" Jelas wajah Sunwoo sedang keliru dan curiga. Aku pula sudah ternganga. Hampir saja rahang aku tercabut dengar soalan dia
"Awak tak ingat pasal malam tadi?" Dia menggeleng kepala
"Aku ingat Eric ajak aku minum. Lepas tu dia call taxi suruh aku balik. Lepas tu---"
Kata katanya terpotong. Mata Sunwoo hanya memandang suatu tempat. Perlahan mata dia terbeliak. Tona wajahnya juga bertukar menjadi merah
Boleh aku nampak halkum Sunwoo bergerak naik turun. Mungkin sudah teringat apa yang berlaku semalam
Aku tergelak kecil
"Jangan risau. Saya tak rekod apa yang jadi semalam" Sunwoo matikan lamunan dia. Tangan terketar mengambil sudu. Langsung taknak pandang mata aku. Hanya pandang tempat lain
"Sekarang boleh aku tahu? Kenapa kau larikan diri daripada aku?"
"Awak bersedia ke nak dengar?" Sunwoo pandang aku tajam. Mata dia sepet sedang menikam dalam anak mata aku

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 ˢᵘⁿʷᵒᵒ
Fanfiction" The most dangerous married couple yang aku pernah jumpa " Started: June 11, 2022 Ended: July 3, 2022