"Selama ni kau tak tahu Minju Assassin? Pergh... Nampak sangat kau tak peduli pasal isteri kau"
Sangyeon menggeleng kepala namun masih fokus memilih kad daun terup. Sedang sibuk berjudi dengan Hyunjae dan Younghoon. Sesiapa yang menang, akan dapat duit. Namun yang kalah, perlu menjadi ketua untuk misi rompakan yang seterusnya
Sunwoo tersentap mendengar kata kata Sangyeon. Dia yang bersandar pada dinding sambil menyilangkan tangan terus berdiri tegak lalu menggaru kepala
"Itulah tu. Dah dua minggu kau kawin dengan dia. Ni mesti kes bilik asing kan?" Hyunjae merenung Sunwoo tajam
"M-mana ada..." Nafi Sunwoo terketar ketir melihat pandangan tak puas hati Hyunjae
"Kau ingat Sunwoo, kalau dongsaeng aku tu menangis nangis jumpa aku sebab kau sakitkan dia, mati kau aku kerjakan" Ugut Hyunjae mencampak sekeping kad tepat terkena pada wajah Sunwoo
"N-nae... hyung..."
< < < PHONE RINGING > > >
Telefon Sunwoo berdering. Laju dia menyeluk poket kemudian melihat gerangan pemanggil
Minju >:)
Lantas Sunwoo menjawab panggilan lalu melangkah sedikit jauh daripada tiga orang lelaki itu
[" Awak, lambat lagi eh nak balik? Saya nak kunci rumah. Mengantuk nak tidur. Awak ada kunci tak? "]
"Yah Kim Sunwoo! Ingat apa aku cakap tu sampai kau mati!"
"Arraso hyung-nim..."
≪•◦ ❈ ◦•≫
Pintu kereta ditutup rapat. Tidak lupa Sunwoo untuk kembali ke pintu pagar dan mengunci ketat
Langkah diatur berlari anak menuju ke pintu rumah. Tanpa membuang masa, kata laluan diisi kemudian Sunwoo menguak pintu apabila pintu dapat diakses
"Lee Minju!" Panggil Sunwoo setelah menjejakkan kaki ke dalam rumah
"Aishh!"
Tumpuan Sunwoo tertarik dengan figura yang baru keluar daripada dapur. Sebelah tangan memegang semangkuk mee segera dan ada kesan tumpahan kuah pada baju
"Panggil lembut sikit tak boleh ke? Terjerit jerit! Kan dah tumpah!" Minju merengus mencapai tisu yang berdekatan lalu mengelap kuah yang tumpah pada baju
Sunwoo menghampiri Minju laju
"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau assassin?"
"Awak ingat selama ni saya tahu ke awak salah seorang kumpulan perompak paling bahaya? Macam mana saya nak mengaku?!" Geram Minju
Geram kuah mi segera tertumpah pada baju semuanya disebabkan sergahan Sunwoo tiba tiba tadi
"Aku ingatkan kau innocent. Sebab tu eomma pilih kau. Dia tertipu dengan luaran.. Nampak je cantik, comel, ayu, sopan semua bagai. Padahal, pembunuh!"
Minju tenung Sunwoo geram
"Awak sabar jap" Pinta Minju menyedut mi segera yang kembang lalu diletakkan atas meja
Sambil mulut mengunyah, lengan baju ditarik hingga ke paras siku
Sunwoo pula sabar menanti hujah yang Minju ingin sampaikan
"First of all, thanks puji. Second, ye saya memang pandai berlakon innocent. Tahu tak saya pun kena paksa dengan eomma? Yang Hyunjae oppa dah tahu kerja saya pun dia support jugak. Awak menyesal ke kawin dengan saya?"
"Tak" Laju Sunwoo menjawab
Bukan jawapan yang Minju sangkakan. Gadis itu terkedu sekejap memikir jawapan
"Wae? Kalau aku cakap menyesal, kau nak suruh aku ceraikan kau?" Minju terkebil seketika. Tepat sungguh tekaan Sunwoo. Itulah apa yang berlegar di dalam kepala Minju tadi
"Jangan harap! Walaupun nyawa aku dalam bahaya hidup dengan pembunuh macam kau, aku tetap takkan ceraikan kau"
"Excuse me? I'm assassin not a serial killer. Saya bunuh atas arahan bos dan dapat duit. Dan takkan la saya sanggup nak bunuh suami sendiri?" Sekilas tawa ejek terlepas daripada mulut Minju
Mangkuk mi segera tadi diangkat
"Lapar?" Sunwoo mengangguk sekali. Minju terus menghulur mi yang sudah kembang pada Sunwoo
"Saya dah kenyang bertekak dengan awak. Goodnight. Saya nak masuk tidur"
"Taknak bagi goodnight kiss dulu ke?" Usik Sunwoo. Minju tersenyum sengit memandang Sunwoo
"Awak jangan. Saya tarik awak masuk bilik nanti..." Baru sahaja Minju berura hendak menarik tangan Sunwoo, dia sudah terundur ke belakang kerana terkejut
"W-waaishh!" Tangan Minju ditepis jauh
"Tahu pun takut~! Ngehehe~ Chagiya goodnight~" Sempat Minju mengenyitkan mata pada Sunwoo sebelum berlari sambil skipping menuju ke bilik tidur di tingkat atas
Sunwoo menghembus nafas lega. Jantung masih berdegup laju akibat perbuatan Minju tadi. Perlahan dia mengusap dada
"Wah... Berani betul perempuan ni cabar aku..."
≪•◦ ❈ ◦•≫
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.