: ̗̀➛minju's pov
"Kang Chaerin!"
Langkah Cherry yang laju berlari ingin melepaskan diri aku kejar. Mengumpul segala tenaga walaupun diri sendiri sudah lemah
Sunwoo dan aku berpecah tadi. Gara gara mahu aku selamat berlegar di bangunan lama tanpa gangguan pengawal Cherry
Aku cuba untuk mengejar Cherry. Tapi lama kelamaan, langsung tak dengar bunyi telapak kaki dia berlari
Mungkin dia dah lari jauh
"Aishh laju betul minah!" Bebel aku berjalan melintasi beberapa bilik yang kosong
"So what Kim Sunwoo?! Kau nak pukul aku? Pukullah!"
"Aku tak pukul perempuan"
"Tch... Pengecut! Itulah diri kau yang sebenarnya! Menyorok daripada semua orang sebab kau pengecut!"
Disebuah bilik yang aku melintas, akhirnya aku ternampak kelibat Cherry bersama Sunwoo
Mereka berdua sedang bertengkar. Sunwoo berdiri diam memeluk tubuh manakala Cherry di hadapan menghamburkan segala galanya
Aku jadi pemerhati daripada luar. Ingin tahu apa yang Cherry ingin lakukan
"Kau loser! Hanya bertindak dengan arahan! Kau serbu tempat ni bukan sorang, kan? Dengan kumpulan kau. Sebab apa? Sebab kau lemah!"
"Aku tahu kau bunuh appa sebab dia upah Minju untuk bunuh kau. Kau tak cari dia sendiri, kan? Minju yang cari dulu"
"Dasar loser. Pengecut! Sampah!"
Kutuk Cherry bertubi tubi. Sunwoo pula hanya mengekal reaksi tenang. Masih memeluk tubuh menanti Cherry agar habiskan ayat dia
"Come on loser... Punch me... Buktikan kau lelaki sejati dan bukan pengecut!"
Provok Cherry
"Kenapa tak nak? Tak berani pukul perempuan? Tch... coward!"
Aku sudah tak senang duduk. Pintu bilik aku tolak kuat sambil menghalakan pistol pada peha Cherry
BAM!
Peluru terkena pada peha gadis itu. Memang saja aku hendak bagi dia luka
"ARGHH!"
Semasa Cherry mengerang kesakitan, Sunwoo pandang aku dengan mulut ternganga
"Minju--" Belum sempat dia hendak mengatakan apa apa, aku tolak dada dia supaya tinggalkan aku dan Cherry
"Dia tak pukul perempuan. But I can. Kau patut bersyukur. Perangai betina tak guna tapi Sunwoo tetap tahan daripada sentuh kau. Nampak sangat yang dia jijik dengan kau"
Sedas tamparan kuat aku hadiahkan pada Cherry. Seluruh pelusuk tempat ini bergema dengan bunyi tamparan yang kuat. Cherry jatuh terduduk sambil memegang pipi
"Minju. Sabar" Tahan Sunwoo daripada belakang memegang bahu aku
Tangan dia aku tepis
"Awak nak saya buat apa?! Biarkan dia?"
"Kau nak bunuh dia kan?"
"Definitely! Awak nak biarkan dia hidup?! Pada saya tak!" Bantah aku sekeras kerasnya

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 ˢᵘⁿʷᵒᵒ
Fanfiction" The most dangerous married couple yang aku pernah jumpa " Started: June 11, 2022 Ended: July 3, 2022