『 19 』

158 27 16
                                        

: ̗̀➛ sunwoo's pov

Minju yang sedang bersiap dipandang daripada luar bilik

Sejujurnya, penampilan Minju sebagai Ju.Lee buat aku bertambah obses dengan dia

Berpakaian serba hitam dengan solekan yang garang. Lagi lagi bibir merah dia tu. Mengancam!

Kalau sesiapa lalu disebelah Ju

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kalau sesiapa lalu disebelah Ju.Lee mesti akan terasa aura negatif dan mungkin tak mahu melintasi dia. Sudah macam Grim Reaper. Sungguh dominant buatkan aku makin jatuh cinta dengan dia

Kalau dulu, aku terjatuh cinta dengan Lee Minju. Tapi bila Ju.Lee munculkan diri, makin sayang aku dibuatnya

Obses fan? Tak. Aku lebih kepada Sasaeng Minju

"Saya pergi dulu"

"Aku ikut" Laju aku menyahut

"Aku taknak kau cedera. Sekurang kurangnya, kalau senjata kau termakan tuan, aku ada nak call ambulans. Kan?" Dia mencebik

"Fine" Katanya setuju

Dia baru sahaja hendak memakai sarung tangan. Tapi aku rasa ada sesuatu yang tak lengkap pada jari manis dia

Laju aku meraba poket seluar

"Lee Minju" Minju pandang aku sedikit terkejut aku panggil nama panjang dia

Cincin yang aku ambil sebelah nota haritu aku tunjuk padanya

Perlahan aku mendekati Minju. Lembut aku menarik tangan dia supaya dekat dengan aku

"Jangan tanggalkan. Mahal" Pesan aku sebelum dengan lembut aku menyarungkan cincin itu pada jari manisnya

Teringat pula masa aku sarungkan cincin pada dia dulu. Tangan dia pucat sejuk dan menggeletar

"E-erm. Kita dah lambat. Jomlah"

≪•◦ ❈ ◦•≫

: ̗̀➛Hyunjun's side

"12 hours. Kau tak bunuh dia, aku suruh orang lain. Muktamad"

Panggilan Ju.Lee ditamatkan lalu Hyunjun bersandar pada kerusi empuknya menghembus nafas

Lampu chandelier yang tidak dipasang Hyunjun tenung lama

"Aku harap dia dapat selamatkan Sunwoo..." Gumam Hyunjun lalu mengeluh

Tok tok tok!

"Bos. client nak jumpa"

Hyunjun berdecit. Dia kembali duduk tegak. Mask yang dibuka Hyunjun pakai semula dan diperkemaskan

"Bagi dia masuk" Arah Hyunjun dengan suara garau

Pintu besi dibuka, bunyi tapak kasut tumit tinggi memecah kesunyian bilik tersebut

BUK!

Tanpa sebarang amaran sebuah beg hitam dicampak hadapan Hyunjun. Tajam mata Hyunjun memandang tuan badan yang telah bersikap kurang sopan padanya

Seorang gadis memakai lengkap penutup mulut dan cermin mata hitam sedang memeluk tubuh berdiri hadapan Hyunjun

"$100 million. Bunuh Lee Minju" Ujar gadis itu dengan suara yang mendatar

Hyunjun meneguk air liur terasa kelat. Lama dia mendiamkan diri melihat sejumlah wang di dalam beg tersebut yang banyak hingga melimpah

Fikirannya sarat tiba tiba. Bunuh Minju? Tapi dia kawan aku? Dan dia sumber utama kewangan aku.

"Ops... Bukan bunuh dia. Cuma tangkap dia dan bagi aku. Aku sendiri yang akan kelar leher dia" Sambung gadis itu lagi

Hyunjun cuba untuk tenang dan kembali tawar menawar seperti biasa

"Tawarannya tinggi mengikut gred--"

"Aku nak gred B. Culik Minju, dan serahkan dia pada aku" Potong dia lagi

"Dalam beg ni cuma deposit. Full payment lepas kerja siap. Kalau cepat, aku akan naikkan sampai $200 million..." Tawar wanita itu lagi

Tanpa banyak berfikir Hyunjun mengangguk

"Kenapa kau tak ambil Gred A? Dia antara yang paling berkebolehan. Aku pasti apa yang kau nak akan dapat dengan segera. Ju.Lee, The Best among the best" Hasut Hyunjun

Saja dia menawarkan Ju.Lee. Sekurang kurangnya Minju tahu dia dalam bahaya dan cuba selamatkan diri. Ataupun, buat perkara yang sama seperti dia lakukan pada Sunwoo

Wanita tersebut ketawa sinis

Kedua tangan memegang hujung meja Hyunjun sambil membongkokkan tubuh. Mata Hyunjun ditikam tajam

"Kau ingat aku bodoh? Macam mana Minju nak bunuh diri sendiri?" Soal dia walaupun sudah tahu jawapannya

Mata Hyunjun sedikit terbeliak. Halkum bergerak turun naik kerana terkejut

Identiti Minju sudah terbongkar. Minju tidak dapat lari lagi kalau begini

"Dapatkan dia. Kalau tak, aku akan report organisasi ni dan pastikan kau masuk penjara" Ugutnya sebelum berpusing untuk melangkah pergi

"Ju.Lee is Lee Minju, Lee Minju is Ju.Lee. And she must die..."

≪•◦ ❈ ◦•≫

≪•◦ ❈ ◦•≫

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 ˢᵘⁿʷᵒᵒTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang