『 12 』

159 29 64
                                    

: ̗̀➛ minju's pov

"Apa salahnya kalau pergi pagi? Nak jugak pergi malam malam" Gumam aku sambil melihat Sunwoo sedang membetulkan bajunya di hadapan cermin

Bersandar pada bingkai pintu bilik dia sambil memerhatikan Sunwoo daripada atas sampai bawah

Baju tshirt putih yang di tuck in kedalam seluar slack. Dia menyarungkan jaket kulit bewarna hitam

Jarang dia pakai macam ni. Biasanya pakai hoodie atau sweatshirts oversized je

"Pandang aku lama lama macam nak gigit tu dah kenapa?" Soal Sunwoo memandang aku menerusi imbasan cermin

"Mana ada" Balas aku mengalihkan pandangan ke tempat lain

Dia sempat mencapai cap hitam dan dipakai. Sunwoo menghampiri kearah aku

"Betul kau nak duduk sorang dekat rumah ni? Taknak duduk rumah appa?" Aku mengangguk tenang

"Saya okay. Awak jaga diri tau?" Sunwoo senyap. Perlahan hujung bibirnya terjungkit sedikit sebelum tinggalkan aku

Dia mengatur langkah menuruni tangga rumah

"Aku salah cakap ke? Kenapa dia smirk?"

Ding dong!

Loceng rumah berbunyi. Mesti Changmin dan Chanhee dah sampai

"Kau buat apa datang rumah aku malam malam ni huh?!"

"Sunwoo please jangan tinggalkan saya lagi! I love you!"

"Aku dah cakap aku benci kau kan?! Apa yang kau tak faham bahasa ni?!"

Suara Sunwoo dan suara perempuan menerpa gegendang telinga. Aku terus berlari menuruni tangga untuk melihat apa yang berlaku

Cherry berada di muka pintu menangis nangis di hadapan Sunwoo

Apa lagi dia nak malam malam buta ni?

"Sebelum aku call polis, baik kau blah sekarang!"

"No! I nak bagitahu satu perkara dekat you dulu!" Cherry mengesat air mata

Kemudian, sebelah tangannya diletak pada perut yang sedikit membukit

"I'm pregnant... Anak kita"

zzup!

Bulu roma aku berdiri tegak mendengar pengakuan Cherry. Seram sejuk aku dibuatnya

Bukannya aku patah hati. Cuma terkejut dengan tindakan Cherry. Dia fikir aku nak percaya? Berapa banyak kali kdrama yang aku dah tonton, macam ni scene dia. Tak percaya pula boleh tengok secara depan mata

"Wah... kau ingat kau hebat? Kang Chaerin. Sikit pun aku tak pernah sentuh kau. Kau tu yang terlampau murah jual body sendiri dekat orang. Tiba tiba dah membukit, tunding jari dekat aku pula? Dasar perempuan gila" Dada Cherry berombak menarik nafas memandang Sunwoo geram

"I gila?! You tak ingat apa yang you buat dekat I masa kita jumpa dekat night club tu?! You dengan kawan kawan you trap I! Hidup I musnah disebabkan you! I tak bodoh nak ketuk rumah orang malam malam untuk tunding jari dekat orang yang salah! Ini anak you! I nak you bertanggungjawab!" Sunwoo menggeleng kepala

Bahu Cherry ditolak perlahan agar dia keluar

Entah kenapa kata kata Cherry tu terasa betul. Cara dia marah Sunwoo. Macam benda tu benar benar berlaku

Ahhh janganlah macam nii... dia suami kau kut...

" Lee Minju! "

Jerit Cherry tiba tiba. Lantas aku memandang dia yang merempuh masuk ke dalam dan menghampiri aku laju

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now