Kata laluan pada pintu rumah ditekan malas. Sesekali, aku menguap kerana keletihan. Jam sudah menunjukkan tepat 1 pagi
Job kalini, tak gunakan senjata. Lebih kepada menceroboh rumah dan letakkan racun dalam makanan
As always, berjaya. Dah mati pun mangsa tu
Perlahan aku menolak pintu supaya tak memberi sebarang bunyi. Aku tahu Sunwoo takkan bangun walau bom meletup sebelah dia, tetap nak masuk senyap senyap juga
Masuk sahaja ke dalam, hanya satu lampu sahaja terpasang iaitu lampu di ruang tamu
Di atas meja kopi ruang tamu, terdapat beberapa bungkusan makanan daripada restoran McDonald's
Perlahan aku mengusap perut yang sejak daripada tadi berbunyi tidak henti henti minta diisi
Nota pelekat pada beg kertas makanan itu aku baca
" Sebelum tidur makan dulu. Jangan tidur perut kosong. Nanti kau sakit "
Tanpa sedar aku tersenyum selepas membaca nota yang ditinggalkan Sunwoo. Pantas aku mengetap bibir mematikan senyuman
"Awal sangat kau nak terpujuk. Sabar Minju. Kau tengah marah dia lagi" Nafas ditarik lalu dihembus
"Tapi aku lapar... Ah... makan jelah..." Aku mengambil tempat di sofa menghadap tv. Remotenya dicapai dan dipasang
Kemudian, aku mencapai bungkusan makanan yang Sunwoo beli
Bersinar sinar mata aku melihat bubur, burger dan ayam di dalam. Tidak lupa Mcflurry oreo cookies di sebelah. Wah favourite akuuu...
Tangan aku mencapai burger terlebih dahulu. Perlahan aku buka pembungkusannya dan makan
Mata memandang TV yang sedang memaparkan berita tengah malam
"Pengarah hospital, Ewha University Hospital ditemui mati di kediamannya. Beliau dipercayai mati akibat keracunan makanan. Polis telah menangkap pelaku yang merupakan pembunuh yang menyamar sebagai seorang penghantar makanan "
Wajah tidak bersalah lelaki penghantar makanan yang digari oleh polis aku pandang lalu tersenyum. Kesian dia. Kena tangkap walaupun bukan salah dia
"Pandai kau perangkap dia"
Sebut suatu suara buat aku laju menoleh ketepi dan tersentak
Sunwoo berada di sebelah aku sedang tenang mengunyah kentang goreng
Tak semena mena lengannya ditampar
"Ark!"
"Eyy! Sejak bila awak muncul? Wahh nak luruh jantung saya!" Sunwoo tergelak kecil
"Sorry. Aku takutkan kau ke?"
Aku merengus dan menjeling dia. Tak boleh nak salahkan jugak. Sudah nama pun perompak terhandal. Mestilah berjalan tak berbunyi. Tak hairanlah dia tiba tiba muncul macam hantu kat sebelah aku
"Minju"
"Hm"
"Aku minta maaf pasal apa yang aku cakap tadi" Ucap Sunwoo sambil jari dia mencuit cuit bahu aku perlahan dengan suara yang manja
"Manalah aku tahu dia abang tiri kau. Kalau aku tahu, aku tak tuduh kau bukan bukan"
"Awak nak salahkan sayalah sebab saya tak bagitahu?"
"E-eh takk... Aku cakap dengan diri sendiri. Sepatutnya aku tanya kau dulu. Bukan tuduh melulu. Minju aku minta maaf" Laju Sunwoo membalas
Aku diam seketika. Kalau nak diikutkan, sebenarnya bukan salah dia. Salah aku sebab saja panggil Yeonjun dengan panggilan tu tadi
Comel pulak tengok dia memujuk
"Kalau saya taknak maafkan?"
"Janganlah... Aku tak ada idea nak pujuk kau macam mana dah kalau kau taknak maafkan aku. Ni pun aku buat research tahu? Nampak tak effort aku tu?" Katanya bersungguh sungguh
"Fine... Saya maafkan awak. Janji jangan tuduh saya macam tu lagi. Kalau tak, saya bunuh awak masa awak tidur" Ugut aku
Halkum Sunwoo bergerak naik turun sambil mata terkedip kedip memandang aku
Takutlah tu
"Janji" Katanya mengangkat tangan kanan seperti berikrar
"Tak pandai pujuk konon. Tipulah kalau Ryun tak pernah merajuk dengan awak"
"Ryun? Siapa Ryun?" Soal Sunwoo
Aku pandang wajah berkerut dia pelik. Lama kemudian dia sedikit ternganga tersedar