Dua mangkuk penuh berisi Samgyetang disusun atas meja bersama sama hidangan sampingan seperti pajeon, japchae, bulgogi dan kimchi
Sebuah nafas lega dihembus dengan sekilas senyuman. Siap sudah hidangan tengahari buat dia dan Sunwoo
Tinggal membasuh peralatan memasak sahaja sebelum memanggil Sunwoo untuk turun makan
Minju beralih ke singki dapur. Mencapai pisau yang telah digunakan untuk dibersihkan
"Nak aku tolong apa apa?"
Suara yang muncul tiba tiba buat Minju terkejut lantas menghunus pisau yang sedang dipegang pada suara tersebut
Terdongak Sunwoo apabila anak mata pisau benar benar di bawah dagu. Kalau dia tergerak walau sedikit, pasti mata pisau akan menghiris leher
Sunwoo menahan nafas mendongak keatas mengelakan pisau daripada terkena leher
Setelah tersedar, Minju mengalihkan pisau daripada suaminya
"O-omo maafkan saya!"
"Fuhhhh!!!" Tergoyah lutut Sunwoo dibuatnya. Kabinet dapur dipaut menahan diri daripada terjatuh. Nasib baik Minju tidak menikam dia tadi
Kalau tidak, mati awal lah jawabnya
"Kau dah ready nak jadi janda ke Lee Minju? Sikit je lagi tau tak?"
Minju sekadar tersengih. Beberapa ketika kemudian, bahu Sunwoo ditampar Minju dengan padu
"Ark!"
"Lain kali boleh tak awak jangan tiba tiba muncul? Saya ni senang melatah. Tak pasal pasal saya kena masuk penjara sebab TERbunuh suami sendiri" Tajam Minju menjeling Sunwoo yang sedang mencebik mengusap kawasan tamparan padu Minju
Begitu pedih dan sudah mula berdenyut. Tak mampu Sunwoo membayangkan jika suatu hari nanti Minju menampar pipinya pula. Agaknya, boleh tercabut gigi Sunwoo
"Eloklah tu. Isteri buli suami. Kalau hari hari macam ni, dah boleh jadi punching bag kau dah" Gumam Sunwoo perlahan dengan bibir dicebikkan
"Huh? Awak cakap apa?" Laju Sunwoo menggeleng kepala
"Kau nak aku tolong apa apa tak?"
"Takde... Saya tinggal nak basuh tu je"
"Biar aku buat" Pelawa Sunwoo terus ke singki. Sarung tangan getah dipakai dan memulakan aktiviti membasuh pinggan
"Eh takpe, biar saya buat. Saya dah siap masak, awak pergilah makan" Minju hendak berdiri di singki, namun Sunwoo menghalang dengan badannya
"Kau pergi makan, biar aku basuh pinggan. Shuh shuhh" Halau Sunwoo persis menghalau kucing
"Eish dia ni..." Minju menanggalkan apron dan menggantung pada tempatnya
DING DONG!
Tiba tiba saja loceng rumah berbunyi
"Biar saya tengok" Kata Minju kemudian berlalu ke pintu rumah
Sempat dia mengintai pada kamera cctv
"Ryun" Sebutnya perlahan lalu membuka pintu
Setelah pintu terbuka, Ryun tersenyum manis pada Minju
"Sorry ganggu awak tengahari ni. Sunwoo ada?" Soal Ryun penuh sopan
"Ada. Kejap eh?" Pinta Minju memalingkan tubuh kearah dapur
Nafas ditarik dalam bersedia untuk menjerit
"YAH KIM SUNWOO!!"
"Wae?!"

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 ˢᵘⁿʷᵒᵒ
Fanfiction" The most dangerous married couple yang aku pernah jumpa " Started: June 11, 2022 Ended: July 3, 2022