『 22 』

129 23 19
                                        

Cahaya pada celahan pintu dipandang Minju

Hampir 3 jam dia pengsan tadi. Namun terbangkit sendiri disebabkan bunyi tikaman lidah daripada luar pintu tersebut diikuti dengan suara rayuan dan rintihan menahan sakit

Minju cuba untuk bertenang. Pesanan Sunwoo sebelum pengsan tadi terinyang ngiyang dalam fikiran

"Minju jangan lemah! Aku akan cari kau"

"Yes Minju... Jangan lemah. Dia akan cari kau" Sebut Minju perlahan menutup mata dan menarik nafas

Dia berada di sebuah bilik yang gelap dan sejuk bagaikan dalam peti ais. Tangan dan kaki diikat pada kerusi. Tubuhnya jugak hingga dia tak mampu bergerak

Sesekali tubuhnya menggeletar kerana kesejukan

"Kau lawan cakap aku lagi, mati kau aku kerjakan!"

Tengking seseorang daripada luar. Setelah itu, pintu besi bilik tersebut dibuka. Bayang seorang lelaki yang besar menerpa pandangan Minju

Suis lampu diraba raba lalu dipasang. Barulah ruang tersebut dicemari cahaya yang terang

Minju memandang figura lemah dalam cengkaman lelaki itu tersebut

Seorang lelaki yang tak bermaya. Terdapat kain menutup mata. Minju tidak dapat mengecam wajah kerana wajahnya tersorok

Lelaki besar itu mengheret dia kerana sebuah bangku yang kosong berdekatan Minju

Tubuh si mangsa dicampak kuat. Nampaknya lelaki itu sudah teruk dibelasah. Banyak darah dan langsung tiada kudrat untuk melawan. Membiarkan saja lelaki besar itu melakukan apa saja padanya

Minju sekadar menjadi pemerhati. Si mangsa diikat sama seperti keadaan Minju. Begitu ketat

Kemudian, mata si lelaki besar memandang Minju. Sempat dia menjeling sebelum menutup pintu semula

Namun kini, lampunya dibiar terbuka

"A-arghh..." Rintih lelaki di sebelah Minju mendongak keatas

Lama Minju memandang lelaki itu. Apabila sudah mengecam wajah, bulu roma tegak berdiri dengan mulut terlopong besar

"Y-yeonjun??"

Terdengar namanya dipanggil, Yeonjun menolehkan kepala kiri dan kanan mencari suara memandangkan matanya ditutup dengan kain

"Minju Babe? You're here? That fast?" Dahi Minju terkerut mendengar kata kata Yeonjun. Seolah olah tahu bahawa dia akan diculik

"Apa maksud oppa?"

Soalan daripada Minju buatkan Yeonjun terdiam. Seketika kemudian, terdengar esakan kecil daripada Yeonjun. Hidung sudah merah, mulut sudah tercebik

"M-maafkan oppa... Semua ni jadi disebabkan oppa..."

"Huh? Minju tak faham. Oppa buat apa?"

"Dia paksa oppa untuk bukak mulut pasal Minju. Dia ugut nak bunuh oppa kalau tak bagitahu. I dont even care about that! Tapi... Bila dia sebut yang dia akan bunuh keluarga kita, oppa tak boleh nak buat apa.. Minju... oppa minta maaf... Dia tahu Minju adalah Ju.Lee disebabkan oppa... Jeongmal mianhae" Rayu Yeonjun teresak esak mahukan kemaafan daripada Minju

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 ˢᵘⁿʷᵒᵒTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang