"Kau takut dengan Cherry ke?" Eric menjungkitkan kening dia sedikit memandang aku yang sedang menongkat dagu memandang keluar tingkap
"Tak... Aku cuma rimas bila dia tiba tiba terjah rumah orang. Kalau aku ni bukan penyabar, dah lama aku tembak dia sampai mati" Ayat terakhir aku sebut perlahan
Takut mana mana pelanggan di kafe ini boleh terdengar
"Cherry sorang... Ryun sorang. Nasib baik Ryun tu tak buat perangai sangat"
"Ryun? Siapa Ryun?"
"Girlfriend Sunwoolah" Eric ternganga. Mulut dia penuh dengan biskut. Wah mata akuu. Kau nak ternganga terkejut pun telan la duluu
"Sunwoo? Ada girlfriend? Sejak bila?" Dahi aku terkerut pelik memandang Eric
"Kau bestfriend dia pun tak tahu?" Eric menggeleng kepala
Kling!
"Selamat datang~"
"Kevin samchun!"
"Aigoo Hayeon ah~"
Mata aku tertarik pada seorang budak perempuan yang berlari peluk Kevin. Comel
Tapi bila aku pandang wanita yang bawa budak tu, mata aku sedikit meluas
"nAE?!!" Suara aku terkuat hingga semua orang toleh kearah aku. Cepat cepat aku menekup mulut malu
Eric pula sudah menekup wajah dengan buku menu atas meja
"A-aigoo Jeosonghaeyo" Kata aku tunduk pada beberapa orang pelanggan
Aku pandang kearah Ryun. Dia tersenyum daripada jauh memandang aku
"N-noona Sunwoo?" Eric mengangguk
"Kim Ryunwoo noona. Dia dah kawin. Ada anak dah pun. Suami dia selalu sibuk. Doktor pakar bedah saraf. Ryunwoo noona pula, doktor bedah" Beritahu Eric pada aku
"Tapi selama ni--"
"Minju"
Tanpa aku sedar Ryunwoo sudah berdiri di sebelah meja aku
"Nak cakap sikit boleh?" Soal dia dan aku terus mengangguk
"B-boleh"
Dengan itu, Eric terus bangun. Berjalan terus menuju ke dapur. Memandangkan Changmin dan Chanhee tak ada, dia perlu menggantikan mereka
"Eric mesti dah cakap pasal unnie kan?" Aku mengangguk
"Maaflah... Sebenarnya, Sunwoo yang nak sangat unnie jadi fake girlfriend dia"
"Tapi kenapa?"
"Yang tu... kena tanya Sunwoo sendiri. unnie cuma nak cakap, Minju dah kalahkan Sunwoo" Aku diam cuba memahami maksud yang Ryunwoo unnie cuba sampaikan
Loading...
"Huh...?" Dia ketawa kecil
"Unnie boleh nampak Sunwoo dah sayangkan dekat Minju. Dia bukannya senang nak sayang orang. Minju dah kalahkan ego Sunwoo" Terang Ryunwoo unnie
Perlahan aku mengukirkan sengihan kecil. Ouh semalam kata tak sayangg
"Dia tu complicated. Nampak macam tak layan padahal sayang" Sambung dia lagi
"unnie gumawo. Sebab bagitahu" Ryunwoo unnie mengangguk
"Sama sama. Unnie nak kena pergi kerja. Annyeong Minju ah. Nanti kita jumpa lagi" Dia bangun hendak beredar
"Nae. Annyeonghaseyo~" Kata aku tunduk hormat pada dia
< < < PHONE RINGING > > >
Serentak itu telefon kerja aku yang jarang digunakan berbunyi dari dalam beg
Aku terus capai telefon. Memang hanya ada satu sahaja nombor telefon dalam phone ni. Iaitu nombor telefon Big Boss
Tut!
"Hello?"
[" Aku nak jumpa. Pasal job kau "]
"Bukan biasanya kau bagitahu nama dan maklumat? Kenapa tiba tiba nak jumpa?"
[" Ju.Lee ah... kerja kalini rumit sikit dan mungkin akan mengejutkan kau. Kita jumpa dan bincang. Okay? "]
"Yela. Aku datang markas sekarang"
[" Jumpa dekat 'Night Paradise Club' . Bukan harini. Tapi malam esok. Aku tengah busy ni"]
"Ikut kau lah. Bye"
TUT!
Serius betul nada suara dia
"Sah job upah lumayan. Hehehe..."
≪•◦ ❈ ◦•≫
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.