『 26 』

145 22 33
                                    

> > > 3 DAYS LATER > > >

Sepuluh kuntum bunga mawar putih diletakkan atas keranda yang diperbuat daripada kayu

Setelah itu, sekuntum bunga mawar merah pula diletak perlahan

Minju mengusap keranda tersebut dengan senyuman paksa

Air mata dia langsung tak henti mengalir. Disebabkan sudah tidak peduli, dia biarkan saja air mata membasahi wajah

"Its not your false... Tolong jangan salahkan diri sendiri" Katanya mengharapkan roh si mati mendengar kata katanya

Potret Yeonjun dipandang sekilas. Menatap senyuman terakhir daripada gambar tersebut

Yeonjun mengalami komplikasi semasa pembedahan. Luka dia terkena jangkitan menyebabkan kuman menyerang antibodi dalam darah

Dia tak dapat diselamatkan

Hyunjae menghampiri lalu merangkul bahu Minju

Majlis pengebumian diadakan secara rahsia. Hanya keluarga dan kenalan Yeonjun sahaja yang hadir bersama

"Jom pergi hospital. Kesian Sunwoo tinggal sorang" Minju mengangguk setuju

"Jom"

≪•◦ ❈ ◦•≫

"Buat sementara waktu, kita takkan buat apa apa operasi. Sampai Sunwoo betul betul pulih"

Sangyeon berkata dan yang lain bersetuju kecuali Sunwoo

"Hyung, Sunwoo okay. Dulu aku pernah kena lagi teruk daripada ni. Minggu depan pun dah boleh mula" Kata Sunwoo tenang

Langsung tak perasaan ada mata yang sedang tajam menikam dia dalam diam

Membantah keputusan Sunwoo sekeras kerasnya

Sudah lama memendam rasa buatkan dia semakin marah 

"Woi Jantan! Kau memang tak sayang nyawa ke?" Minju yang daripada tadi diam akhirnya bersuara kasar

Semua mata tertumpu padanya

"Luka tu dah berapa kali terbukak? Berapa kali kena jahit balik? Tak malu ke dengan budak budak? Diorang elok dengar cakap doktor tapi kau tak!" Sambung Minju lagi langsung tiada suara ramah

Sunwoo menjuihkan bibir ke depan. Pasrah dimarahi Minju seperti ibu memarahi anak

"Alang alang kami baru balik majlis pengebumian ni, jangan sampai awak jadi mayat! Tunggu masuk keranda je! Nak?!" Ugut Minju tegas

Sunwoo menggeleng kepala. Tak mahu bertikam lidah dengan Minju kerana keadaannya sekarang yang susah hendak bergerak dan melakukan pergerakan laju

Sekali Minju tekan lukanya, bergegar satu hospital akibat jeritan Sunwoo

"Jalan pun macam sloth. Ada hati nak sambung kerja" Bidas Minju lagi

"PPFFT-- BWAHAHAHAHAH!"

"Weyh! Banyak kali kau kena! HAHAHAHA!"

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now