"Noona tak faham..." Sunwoo mencebik sambil kaki menyepak batu pada tanah
Ryun yang sedang bersandar pada kereta terus memeluk tubuh sambil mata diguling keatas menyampah
"Sunwoo ni perompak kan? Kenapa gedik sangat perangai?"
"Dengan noona je..." Gumam Sunwoo perlahan
"Haih kau ni. Kenapa tak boleh jujur dengan Minju pasal perasaan Sunwoo?"
"Sebab... Sunwoo tak rasa Minju ada perasaan dekat Sunwoo. Yela, kawin pun kena paksa"
"Apa agaknya reaction dia bila tahu Sunwoo sebenarnya punca dia kena kawin paksa?" Kepala Sunwoo terangkat memandang Ryun yang tersenyum sengit
"J-janganlah bagitahu dia" Cuak Sunwoo menarik lengan baju Ryun
Sejak sekolah menengah lagi Sunwoo menaruh perasaan pada Minju. Ketika itu, Minju dan rakan rakannya menyertai program camping di sekolah Sunwoo. Minju di sekolah yang berlainan buatkan dia sukar untuk berterus terang
Namun apabila Hyunjae memperkenalkan Minju sebagai adiknya, terus sahaja Sunwoo membuat rancangan
Rancangan supaya ibu bapa dia dan Minju memaksa mereka berkahwin. Memandangkan kedua ibu bapa mereka rapat
Tidak menyangka pula Minju seorang pembunuh upahan yang bahaya
Ryun tergelak kecil
"Jujur dengan dia. Kan senang?"
"Mana boleh. Jatuh imej penjenayah kalau macam ni" Ryun berdecit malas
"Suka hati kaulah. Cuma noona nak kau tahu, Minju dah mula sayang dekat Sunwoo" Dahi Sunwoo berkerut
"Mana tahu?" Ryun senyum kecil lalu menjungkitkan kening
"Ada lah~ Hehehe... Dah. Noona nak kena balik. Annyeong" Pintu kereta dibuka
Serentak itu, kereta berjenama Tesla milik Minju masuk ke dalam garaj rumah
Senyuman Sunwoo terukir melihat kepulangan gadis itu. Namun serta merta dia mematikan senyuman tersebut. Tak mahu Minju nampak bahawa Sunwoo suka kedatangan dia
Minju keluar daripada kereta, matanya tak lari memandang kereta mewah milik Ryun dengan pandangan tak puas hati
"Sunwoo bye bye!" Ucap Ryun sebelum menggerakkan kereta hingga pergi daripada hadapan rumah
Selepas itu, Sunwoo berjalan masuk ke dalam rumah. Minju mengikut daripada belakang sambil membawa beberapa barang dapur
"Kenapa keluar tak bagitahu?" Soal Sunwoo sesudah Minju masuk ke dalam rumah
Gadis itu diam seribu bahasa. Hanya berjalan melintasi Sunwoo menuju ke dapur untuk meletakkan barang
takut benar hendak berhadapan dengan Sunwoo setelah kejadian semalam
"Lee Minju" Panggil Sunwoo dengan nada mendatar
"N-nae" Balas Minju sangkut sangkut
"Aku tanya, kenapa tak bagitahu nak keluar?"
"Tadi awak tidur... saya malas nak kejut"
"Keluar dengan siapa?"
"Eric... dia ajak breakfast tadi" Sunwoo menarik nafas dalam. Tangan ternaik bercekak pinggang
"Semalam bukan main peluk aku nangis nangis, tiba tiba pagi keluar dengan lelaki lain? Ouh kauu!" Suara ditinggikan buat Minju tertunduk
"S-sorry..." Ucap Minju perlahan rasa bersalah
Sunwoo tersenyum sedikit. Suka benar melihat gadis itu diselebungi rasa bersalah walaupun dia langsung tidak ambil hati
Saja hendak mengusik
"Puas peluk aku semalam?" Minju tak membalas. Wajah dia mula bertukar merah
Laju dia menuju ke singki. Pura pura sibuk mrngemas barang yang hendak dimasak
Sunwoo tidak mengalah. Dia mendekati Minju
"Kau tidur lena pun sebab puas peluk aku kan?" Minju diam cuba mengabaikan Sunwoo
Rasa membuak buak untuk buat Minju menggelabah mula meningkat. Perlahan Sunwoo gerak kearah Minju hingga bahu mereka berlaga
Kemudian, Sunwoo merendahkan tubuh sedikit untuk berbisik sesuatu
"Nak tidur dengan aku lagi tak malam ni? Boleh kau peluk aku ketat ketat. Macam semalam ataupun... Lagi ketat daripada semalam..." Ujar Sunwoo dengan suara yang menggoda
Minju meneguk air liur. Jiwa dan raga dia kini sedang terseksa akibat Sunwoo
'Kenapa dia goda aku ni? Huaa eommaaa Minju takuttt'
Rambut Minju yang terjurai disisip ke belakang telinga. Makin kencang jantung Minju dibuatnya dengan kelakuan Sunwoo
"A-awak... jangan kacau boleh?" Sunwoo tergelak kecil
"Suka hati akulah nak kacau ke tak"
"Tapi saya nak masak--"
"Jangan masak" Potong Sunwoo laju
Tangan Minju ditarik hingga gadis itu menghadapnya
"Kita buat benda lain. Nak?" Soal Sunwoo sempat menggigit bibir bawahnya sedikit merenung dalam anak mata Minju
Makin tak keruan Minju jadinya. Mahu sahaja dia menjerit ketika ini
"Ehemm!!"
Tegur suatu suara daripada belakang. Laju Sunwoo dan Minju melihat ke bingkai dapur
Hyunjae dan Juyeon sedang berdiri di sana memerhatikan mereka. Hyunjae buat buat melihat ke tempat lain manakala Juyeon tersenyum nampak gigi memandang dua pasangan di dapur
Sunwoo menjarakkan diri daripada Minju
"O-oppa! Datang kenapa tak bagitahu?" Laju sahaja langkah Minju berlari kearah Hyunjae
Jelas sekali dia lega dengan kehadiran Hyunjae di situ. Kalau boleh, beribu ribu kali dia hendak mengucapkan terima kasih kerana memotong situasi Sunwoo menjadi gatal tadi
Minju paut lengan Hyunjae mengheret lelaki itu ke ruang tamu dengan langkah yang pantas
Sunwoo pula sudah menjadi cemberut. Perlahan dia melangkah kearah Juyeon yang sedang tergelak kecil
"Buat projek dekat dapur eh? Apa guna bilik?" Bahu Juyeon ditumbuk Sunwoo geram. Makin galak Juyeon ketawa
"Kacaulah..."
"Siapa suruh buat pagi--"
"Hyung jangan nak kotor sangat otak tu! Cuba positif sikit? Bab yang kotor kotor ni, laju je hyung! Kalau tak, lagging memanjang" Marah Sunwoo bibir dicebikkan dan kembali ke dapur untuk membuat air
"Hyung pandai buat air kan? Tolong"
"Aku tuan rumah ke kau tuan rumah?"
"Kalau air rasa tawar jangan complain. tau?"
"Ish... tepi! Biar aku buat..."
≪•◦ ❈ ◦•≫
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.