: ̗̀➛minju's pov
"Kita patut datang sini lagi lepas habis job" Kepala disandarkan pada bahu lebar Sunwoo
Menikmati keindahan malam di bawah cahaya bulan yang ditemani bintang. Auchh ayat!
Kami berada di rooftop sebuah rumah tinggal yang berada di pergunungan. Sunwoo bawa aku ke sini.
Aku ingatkan dia nak ajak aku buat aktiviti paranormal kat sini. Rupanya ajak date
"Suka?" Aku mengangguk sambil tersenyum. Lampu menghiasi kota Seoul begitu indah daripada sini
"Sweetla awak ni. Ingatkan awak tak reti nak ambil hati perempuan"
"Ouh kau perempuan ke?" Kepala terangkat daripada bersandar. Tangan juga sama naik terangkat lalu memukul kuat peha Sunwoo
PAP!
"Ark!" Habis bergema jeritan Sunwoo seluruh pelusuk tempat gara gara pukulan aku itu
Berkerut seribu wajah Sunwoo sambil mengusap laju tempat pukulan aku
"Tsssk!"
"Haaa!! Kan dah kenaa!"
"Eh kau ni! Gurau sikit, kena! Patutlah nazak si Kang tu lepas kau hayun dia tadi!" Terhambur tawa aku mendengar bebelan Sunwoo yang nampaknya marah
Dia jeling aku tajam
"Awak yang ajak gurau. Saya balas ah. Nasib baik saya tak tolak awak tau? Tak pasal pasal join Kang dekat sana" Sempat aku menjengah ke bawah
Tinggi. Lebih kurang 5 tingkat. Kalau betul aku tolak Sunwoo tadi, esok juga jadi majlis pengebumian dia
"Tapikan... Kenapa awak bawak saya ke tempat ni?"
"Saja. Ini tempat kegemaran aku. Tempat untuk aku tenangkan diri" Beritahunya
"Dulu, impian aku nak bawak orang yang aku sayang pergi sini" Laju aku pandang kearah dia
Mata dia redup menikam anak mata aku dengan lembut. Senyuman mesra Sunwoo buat aku turut tersenyum
Perlu ke aku sentuh tentang jantung? Ya. Hampir terputus daripada aorta
"Tapi aku dah makin jarang datang sini. Nak tahu kenapa?"
"Kenapa?" Soal aku sambil menjungkitkan sebelah kening
Perlahan tangan Sunwoo mengelus wajah aku. Sentuhan dia buat aku makin membahang
"Sebab... Ketenangan aku sentiasa ada dekat dengan aku" Selepas dia kata begitu, aku terus tolehkan kepala ke tempat lain
Malu
Nak saja aku terjun daripada atas ni. Mati pun matilahh!!!
Tiba tiba tangan Sunwoo mendarat di pinggang aku. Dengan mudah dia menarik aku hingga merapati tubuh dia
"Minju ah~" Panggil dia meleret menggunakan suara garau dia
Ha sudah
Aku cuma diam membeku di sebelah. Berdoa supaya dia tak dengar bunyi jantung aku. Kalau macam ni, doktor tak payah susah susah guna stetoskop
Pinggang aku dirangkul erat. Kemudian Sunwoo letakkan dagu dia pada bahu aku
Dapat aku dengar dia ketawa kecil
"Takut ke? Jangan risau. Takkanlah aku nak buat benda pelik pelik atas ni?" Laju aku siku perut dia
Ey mamat ni!
"Ngehehehe. Minju aku nak cakap sesuatu"
"Lepas ni, kalau kau ada masalah. Tolong bagitahu. Hidup kita tak macam orang lain. Nyawa masing masing dalam bahaya. Bila bila je ancaman akan datang"

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 ˢᵘⁿʷᵒᵒ
Fanfiction" The most dangerous married couple yang aku pernah jumpa " Started: June 11, 2022 Ended: July 3, 2022