『 𝓢𝓹𝓮𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 I 』

132 22 26
                                    

"Pesalah 2604!!"

Wajah dipalingkan kearah beberapa warden di pintu masuk kantin

Serta merta cengkaman leher seorang wanita yang tiba tiba menyerang dia tadi dilepaskan

"U-uhuk uhuk!!" Terbatuk batuk wanita itu cuba mengambil nafas. Pantas dia melarikan diri bersama sama rakan sekumpulannya

Kini, tinggal Minju seorang menghadap enam orang warden perempuan yang datang kearah dia dengan langkah melulu

"Awak ada pelawat" Ujar ketua warden

Minju mencebik

"Gaya macam nak bunuh orang. Last last itu je sebabnya" Gumam Minju perlahan sambil mengikut langkah ketua warden di hadapan

Semasa dia melintasi kantin bersama warden itu, sempat Minju menangkap mata mata yang memandang dia

Senyuman sengit diukir dengan wajah diubah seperti Psychopath membunuh mangsa seterusnya. Pantas mata mata itu mengalihkan perhatian pada makanan semula

Minju tergelak kecil

"Dia ke Ju.Lee?"

"Tak mungkin Ju.Lee... perempuan tu bukan senang senang kena tangkap dengan polis"

"Tapi aku rasa dia tu Ju.Lee..."

"Kau tak dengar ke kesalahan dia? Dia masuk sini sebab dia bunuh laki yang cuba nak rogol budak. Dan tak ada kesalahan yang lain. Ju.Lee tu, bunuh ramai orang. Bukan seorang"

"Yelah... Takkanlah senang senang Ju.Lee nak masuk penjara"

"Aku harap Ju.Lee tak kena tangkap. Dia idola aku kut"

"Si Assassin psycho tu? Kalau dia bunuh kau?"

"Dia dah pernah selamatkan aku dengan bunuh seseorang yang cuba nak bunuh aku. Aku hidup sebabkan dia"

"Lagipun... dia Assassin yang bunuh orang orang besar je. Bukan golongan macam kita..."

Perbualan antara sekumpulan wanita di hujung meja kafeteria menerpa gegendang telinga Minju

Diam tidak memberi reaksi. Hanya berjalan mengikut langkah laju warden penjara

Sehinggalah mereka sampai ke sebuah bilik khas untuk pelawat, Minju dibenarkan masuk ke dalan

Pintu bilik ditutup rapat

Pandangan Minju dihiasi dengan kelibat Sunwoo sedang bersandar pada meja sambil memeluk tubuh. Tajam mata lelaki itu menikam mata Minju

Senyuman Minju mengendur

"Kenapa garang sangat muka? Tak sudi nak jumpa sayalah tu" Rajuk Minju lalu mencebikkan bibir sedih

"Kau belasah orang lagi dekat dalam?" Soal Sunwoo dengan lembut

"Diorang yang serang saya dulu"

"Perlu ke belasah sampai 3 orang masuk wad tak sedarkan diri?" Minju merengus kasar

"Awak nak saya biarkan diorang pukul saya? Suka saya cedera? Mesti sebab awak dah tak sayang saya kan? Entah entah awak dah ada orang lain! Yela mana ada lelaki nak dekat isteri banduan. Kalau macam tu, esok awak datang dengan peguam. Bawak sekali borang penceraian! Biar saya tanda tangan!" Bentak Minju dengan air mata bertakung sebelum memusingkan tubuh hendak beredar

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now