『 23 』

110 19 20
                                    

: ̗̀➛minju's pov

"Apa semua ni unnie?"

Figura Ryunwoo unnie yang sedang mengemas peralatan pembedahan di hadapan aku pandang

Dia alihkan aku ke kerusi roda dan ikat aku sama seperti tadi. Dia juga ubah aku ke bilik lain. Tadi bilik peti ais penyimpan daging. Tapi kini, seperti bilik operasi pembedahan haram

Bau busuk dan darah kering di merata rata tempat

Ryunwoo unnie daripada tadi mendiamkan diri. Wajah dia jelas sedang ketakutan. Aku nampak tangan dia menggeletar semasa menyusun

Kemudian, dia memandang kiri dan kanan pintu

Perlahan mendekati aku dengan air mata menitis ke pipi

"M-maafkan unnie... Unnie terpaksa... Dia dah tawan Hayeon, anak unnie. S-suami unnie dah mati dia bunuh" Ryunwoo unnie berbisik dengan nada bergetar. Air mata turut mengalir

Dia dipaksa rupa rupanya. Fikiran aku hanya ada nama seseorang

"Cherry?" Laju Ryunwoo unnie mengangguk

Agak dah... Betullah apa yang dimaksudkan dengan Cherry perempuan psycho

Semata mata Sunwoo ke dia buat semua ni?

Bunyi tapak kasut kumit tinggi menerpa gegendang telinga. Ryunwoo unnie kembali berdiri di tempat asalnya sambung menyusun beberapa bilah pisau

Pintu bilik dibuka. Muncul Cherry dengan gaun hitam pendek ketat pada tubuh berjalan kearah aku dengan senyuman sinis

"Lee Minju..." Sebut dia sebelum ketawa sinis

Gila. Aku syak pompuan ni terlepas daripada hospital sakit jiwa. Tiba tiba je gelak

Dia berdiri di hadapan aku lalu meletakkan tangan pada bahu aku

Pandang aku lama dengan senyuman mesra macam nak mengorat

"Sorry? Taste aku lelaki. Jangan goda aku" Sekali lagi Cherry ketawa

Rahang aku dicengkam Cherry dengan kuat. Terdongak aku dibuatnya memandang dia

"Aku dah cakap, jangan cabar aku..."

"Kau yang koyak... Aku tak buat apa apa pun" Lawan aku semula

Cherry menjadi berang. Dia lepaskan cengkaman lalu menampar aku dengan kuat hingga terteleng aku ke tepi

Padah menjolok sarang tebuan, habis wajah aku menjadi tempat lepas geram Cherry. Dia menampar dan menumbuk

Disebabkan tidak rasa puas, pantas dia mencapai sebilah pisau

Pisau tersebut digunakan untuk memutuskan tali yang mengikat tubuh aku

Apabila sudah longgar, Cherry tendang kerusi roda dengan kuat hingga aku jatuh ke bawah

Dia bijak. Tubuh diikat gunakan tali. Namun tangan dan kaki digari rapat. Memang aku tak mampu untuk bergerak

"Disebabkan kau aku terpaksa menipu yang aku mengandung Lee Minju! Semata mata untuk raih simpati Sunwoo! Tapi tengoklah! Dia langsung tak termakan dengan tipu aku!" Marah dia

Aku cuma ketawa lemah. Bibir sudah berdarah akibat tamparan dan tumbukan hebat Cherry

"Penipuan lapok... Siapa saja nak termakan? Lain kali kau kena bijak..." Bebel aku buat dia makin sakit hati

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now