『 20 』

160 28 19
                                        

📍 Moonlight Company

Jam tepat menunjukkan pukul 1 pagi. Sudah pasti bangunan pencakar langit ini sudah kosong tanpa pekerja. Masing masing mungkin sudah lena diulik mimpi

Namun bukan untuk Tuan Kang. Lelaki separuh abad itu baru sahaja mahu menuju ke parking kereta setelah selesai menyiapkan kerja di pejabat seorang diri

Langkah diatur menuju ke tempat letak kereta berlabel Vvip. Langsung tidak takut kerana sudah biasa pulang lewat malam dan berseorang diri

Tetapi malam ini, Tuan Kang merasakan dirinya diperhatikan

Tuan Kang mendekati kereta berjenama Audi RS7 miliknya

Namun secara tiba tiba lampu di tingkat tempat letak kereta itu terpadam buat beberapa saat. Tuan Kang berdiri kaku di dalam gelap gelita

Beberapa detik kemudian, lampu kembali terpasang. Tuan Kang masih berdiri di situ terasa kakinya berat hendak melangkah

Mata melilau memandang sekeliling tempat letak kereta. Disebabkan diri diselubungi rasa takut, Tuan Kang mempercepatkan langkah menuju ke kereta

Baru sahaja dia hendak menyeluk poket mengambil kunci, matanya melekat pada susuk figura seseorang lengkap berpakaian hitam sedang tenang bersandar pada pintu kereta

Perlahan figura tersebut mengangkat wajah memandang Tuan Kang

"Kang Moonyeol, isn't it?" Tanya dia

"S-siapa kau?!" Gagap Tuan Kang. Kaki sudah ringan mahu cabut lari

"Ju.Lee" Selepas mendengar nama tersebut, Tuan Kang menghembus nafas terasa sedikit lega

"Kau datang sini untuk tuntut duit kau? Sunwoo dah mati, kan?" Soal Tuan Kang tanpa rasa malu

Besi panjang yang berada di tangan Minju pegang dengan erat. Geram mendengar soalan daripada mulut orang tua tersebut

"Aku akan bagi duit kau. Tapi bukan harini" Sambung Tuan Kang lagi

Minju tidak mampu menahan rasa marah. Laju gadis itu berjalan kearah Tuan Kang sambil mengangkat tinggi besi pada tangan

Segala tenaga dikumpul bersedia untuk menghayun kuat besi tersebut

Tuan Kang tidak bergerak kerana begitu terkejut melihat Minju mendekati

THANG!!

Dengan sekali hayunan yang kuat, Tuan Kang jatuh ketepi. Telinga lelaki itu sudah mengalirkan darah yang banyak

"A-arghhh!!"

"Simpan duit kau tu untuk hari pengebumian kau!" Besi dicampak jauh, kali ini Minju mengeluarkan sepucuk pistol. Di hala tepat pada dahi Tuan Kang

Baru sahaja dia hendak menekan picu pistol, Minju mengeluh

Menukar fikiran. Pistol disimpan semula dalam poket. Sebilah pisau yang baru diasah Minju keluarkan

Tangan Tuan Kang yang sedang melindungi kepala Minju rentap lalu dipijak kuat

"Aaaaggghhhh!!! T-TOLONG! SECURITY! SECURITYYYY!!!!" Jerit Tuan Kang kuat. Jeritan tersebut bergema di seluruh pelusuk tempat kereta. Namun hanya dibalas dengan tawa jahat Minju

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 ˢᵘⁿʷᵒᵒTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang