『 16 』

166 31 23
                                        

>>> TWO DAYS LATER >>>

: ̗̀minju's side

Kedua belah tangan diangkat keudara untuk merenggangkan sendi tulang. Berjam jam dia menghabiskan masa di hadapan komputer. Cuba mencari maklumat menurusi nombor plat yang dia dapat kelmarin

Hyunjae pula sedang memerhatikan Minju daripada luar pintu bilik. Di tangannya sedang memegang telefon dengan skrin yang terpaksa

40 missed call from Sunwoo

Hyunjae mengeluh berat. Rasa serba salah kerana mengabaikan panggilan Sunwoo sejak dua hari lepas kerana Minju

Minju pula kelihatan selamba membiarkan telefon dengan mode senyap. Sesekali Hyunjae mengintai pada skrin. Hampir beratus panggilan tidak berjawab dan mesej daripada Sunwoo

Makin Hyunjae berasa kasihan pada lelaki itu. Bukannya dia tak tahu tentang perasaan Sunwoo senyap senyap menyayangi Minju

"Minju ah" Panggil Hyunjae

"Hm?" Balas Minju dengan mata yang kelihatan letih. Sudah tidak bertenaga namun tetap mahu berusaha juga

"Rehatlah dulu. Tidur. Sekarang dah tengah malam" Minju menggeleng kepala

"Selagi tak jumpa, Minju taknak tidur"

"Minju tak cukup tidur. Nanti sakit" Gadis itu diam

Dalam hati Hyunjae sudah terniat hendak memasukkan ubat tidur dalam makanan Minju. Terlalu degil untuk mendengar cakap!

Ding dong!

Loceng rumahnya berbunyi. Hyunjae bergegas menuju ke pintu rumah. Sempat dia melihat jam yang tergantung pada dinding rumah

"Siapa nak datang pukul 12 malam ni?" Gumam Hyunjae lalu melihat melalui cctv pintu

Boleh nampak susuk seseorang sedang bersandar di dinding

Dengan berani Hyunjae menguak pintu dan melihat dinding luar rumahnya

Terbeliak matanya melihat figura Sunwoo sedang sandarkan bahu lemah pada dinding sambil menunduk ke bawah. Sesekali Hyunjae dapat menangkap bunyi tersedu sedu Sunwoo yang sedang menangis

Bau alkohol yang kuat juga menusuk tajam ke dalam hidung. Sah. Sunwoo sedang mabuk

"Sunwoo" Wajah diangkat memaparkan hidung dan mata merah. Mukanya dibanjiri air mata

"hiks hyung... Minju dah lari..." Adu Sunwoo perlahan menghampiri Hyunjae dengan langkah terhuyung hayang

Sebelum lelaki itu jatuh, Hyunjae terlebih dahulu merangkul pinggang Sunwoo membantu dia berdiri

Hyunjae membawa Sunwoo masuk ke dalam rumah

"Hiks... tak boleh ke Sunwoo nak sayang dia? K-kenapa dia lari? D-dia benci sunwoo ke? hiks... sakit..." Bahagian dada Sunwoo cengkam menzahirkan rasa sakit hati dia sekarang

Buntu Hyunjae dibuatnya dengan lagak Sunwoo yang 100% tidak sedarkan diri

"Aigoo Sunwoo..." Bahu Sunwoo ditepuk perlahan untuk menenangkan dia

Namun Sunwoo bertindak memeluk pinggang Hyunjae. Disebabkan ketinggian Sunwoo dan Hyunjae sedikit jauh, dapat Sunwoo membenamkan wajah pada bahu Hyunjae

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 ˢᵘⁿʷᵒᵒTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang