Sunwoo menggeleng kepala menolak pelawaan Eric. Dia menongkat dagu sambil bermain dengan kunci kereta
Tidak habis memikirkan cara untuk memujuk Minju
Hyunjae memerhatikan Sunwoo daripada jauh. Lama kemudian, lelaki itu menghampiri Sunwoo. Sempat dia mengambil setin beer lalu diletakkan di hadapan Sunwoo
"Kau gaduh dengan Minju kan?" Sunwoo tersentak. Wajah diangkat perlahan memandang Hyunjae yang memasang wajah dingin
'Ah sudah... Minju dah report dekat Hyunjae hyung ke?'
Desis hati kecil Sunwoo
"Aku nampak muka kau macam ada masalah. Lagipun kau tak pernah sesenyap ni. Apa masalahnya?" Kata Hyunjae seolah olah dapat membaca fikiran Sunwoo
"B-bukan gaduh... Cuma salah faham je"
"Tentang?"
"Hyung. Kenal Choi Yeonjun?" Mendengar nama tersebut, Hyunjae tergelak kecil
Tidak perlu diterangkan banyak. Sudah faham sangat punca Sunwoo bermuram muka dan pergaduhan mereka
"Kenapa? Kau dah jumpa dia? Mesti pasal diorang dua guna panggilan 'chagi' 'babe', kan? Sebab tu korang gaduh?" Sunwoo mencebikkan bibir lalu mengangguk perlahan
"Kalau ia pun abang tiri. Panggillah oppa ke apa. Kenapa nak panggil macam tu?"
"Dulu ada lelaki nak mengorat Minju. Lepas tu Yeonjun datang acah jadi boyfriend dia. Sebab tulah sampai sekarang melekat panggilan tu. Bukannya diorang couple" Terang Hyunjae supaya Sunwoo tidak tersalah anggap
"Ooh..." Sunwoo mengangguk faham
"Ataupun, dia saja guna panggilan tu depan kau sebab nak bagi kau sakit hati" Teka Hyunjae. Terlalu kenal Lee Minju. Gadis yang suka mencari pasal dan akhirnya, tercetus pergaduhan
"Aku taknak tanya macam mana situasi korang bergaduh. Kalau tak bertumbuk kita dekat sini. Kau cubalah pujuk Minju tu sendiri. Dia tu degil sikit. Jadi bertabahlah la ye?"
"Nae hyung"
"Minju pun satu. Dah tahu berlaki, saja panggil Yeonjun macam tu"
Tin beer dihulur pada Sunwoo
"Minum. Aku belanja"
"Taknaklah. Nanti nak drive"
"Aigoo aigoo~ Kau mabuk ke tak, bawak kereta sama je macam orang gila. Nah"
Chanhee meletak segelas coke di hadapan Sunwoo
"Dijamin tak ada alkohol" Sambung Chanhee lalu senyum
"Kau kalau perlukan tips nak pujuk bini, boleh datang jumpa aku" Muncul pula Kevin bersandar pada meja sambil sebelah tangan ditongkatkan menghadap Sunwoo
"Hyung tu single sejak lahir. Ada hati nak bagi nasihat"
"Excuse me?" Tangan diletak pada dada persis mak nyah terkejut
"Watch your mouth okay? Aku bukan tak ada girlfriend. Cuma tak ready. Eleh!" Katanya menjuihkan bibir acah merajuk
Sunwoo tergelak kecil. Sedikit sebanyak hati dia mula tenang dengan telatah Kevin
"Hyung. Aku nak balik dulu"
"Yelah... Sunwoo ah fighting. Kalau kau ada masalah roger je aku. Kadang Minju tu suka cari gaduh. Arraso?" Sunwoo senyum dan mengangguk dengan pesanan Hyunjae
"Gumawo hyung"
≪•◦ ❈ ◦•≫
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.