"Dalam dunia ni... Kau kena fikir kemungkinan yang akan berlaku berbanding berharap benda yang tak mungkin berlaku..."
Suara seorang lelaki yang menjaga Minju di dalam bilik tersebut sedang mengasah pisau
Minju sudah berada di ceruk dinding. Melipat lutut hampir mengena wajah sambil menggigil
"Satu, orang yang kau harap akan selamatkan kau tu tak datang..." Ujar lelaki itu mula mengira
"Dua, kau akan mati dibunuh Bos"
"Tiga, kau jadi lauk kami..." Di akhir ayat lelaki itu ketawa terhibur
Minju pula menjadi semakin takut. Tubuh disandarkan pada dinding. Berharap dinding itu akan menelannya berbanding terpaksa mencemarkan diri dengan sentuhan jijik mereka
"Jadi apa kau kena buat lepas fikir tentang segala kemungkinan tu? Kau nak berdiam diri?" Sambung lelaki tersebut sambil membuka tali pinggang seluar
Kedua duanya duduk bercangkung di hadapan Minju
Satu persatu butang baju Minju dibuka mendedahkan baju dalamnya
"Kau kena lawan" Ayat terakhir diungkap berbisik. Lengan Minju direntap kuat hingga Minju terheret kearah mereka
Minju pula hanya diamkan diri mencerna segala pesanan lelaki tak dikenali itu
'Lawan. Ya. Aku kena lawan'
Desis hati cuba menguatkan semangat
"Bukak gari dekat kaki dia. Kalau tak, macam mana kita nak buat kerja?" Tanpa berlengah kaki Minju ditarik lalu membuka gari pada pergelangan kaki yang ketat
Setelah longgar, Minju mengumpul segala tenaga lalu menendang kuat wajah lelaki tersebut hingga dia terjatuh terduduk ke belakang
"Arhkkk!!"
Minju bangun daripada terduduk. Lelaki yang memberi nasihat padanya tadi terus ketawa
"Berani. Tapi kau tak boleh terlebih berani. Because this is not your main character moment, darling" Pisau di bawa keluar
Datang secara mendekat kearah Minju yang sudah terlekat pada dinding
Minju membuat perancangan segera dalam kepala. Apabila lelaki itu sudah cukup dekat, laju Minju menghayun kakinya menyepak tangan lelaki itu
Pisau serta merta terlepas daripada tangan. Tercengang lelaki itu melihat pisau jauh terpelanting
"Well, Thanks for the advice" Ujar Minju mula menyerang lelaki di hadapannya
Entah bagaimana dia dapat memukul lelaki itu walaupun tidak pernah menyertai kelas mempertahankan diri dan tangan bergari
Minju seolah olah dirasuk. Lelaki itu langsung tidak dapat peluang untuk membalas serangan Minju yang tidak diduga
Buk!
Tubuh dia ditolak Minju ke tanah. Tergolek lemah tak mampu bangun
Minju tersenyum suka
"Senang macam tu je? Fuh!" Bangga dia. Pisau yang terpelanting jauh tadi Minju kutip

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 ˢᵘⁿʷᵒᵒ
Fanfiction" The most dangerous married couple yang aku pernah jumpa " Started: June 11, 2022 Ended: July 3, 2022