"Berhenti ikut akulah!"
"Hyunjae oppa~~ Bona tahu oppa malu nak mengaku~"
"Michin!!!"
Langkah Minyoung terhenti semasa Hyunjae dan Bona melintasi koridor. Tersenyum puas melihat Hyunjae cuba melarikan diri manakala Bona sedang mengejar
"Kau tahukan Bona tu selagi tak dapat, selagi tu dia kejar" Kata Jinhee pada Minyoung
"Tahu" Balas Minyoung sepatah lalu melilitkan lengan pada tangan Jinhee
"Aku lapar. Berselera pulak nak makan memandangkan hati aku tengah puas!"
"Puas? Sebab apa?"
"Dapat balas dendam~"
≪•◦ ❈ ◦•≫
"Balik jalan kaki eh? Aku ada study group sampai petang"
Minyoung mengetap gigi geram. Tak mahu bertekak dengan Younghoon di sekolah. Tunggu saja amarahnya hingga Younghoon ada di rumah nanti
"Tch yelah" Balas Minyoung kemudian beredar
Secara kebetulan, Hyunjae dan Minyoung bertembung
Serentak mereka menjeling antara satu sama lain
Younghoon yang sedar akan situasi tegang itu terus tersengih
Minyoung berjalan pergi manakala Hyunjae datang kearahnya
"Macam mana kau boleh lari daripada Bona?"
"Dia dah balik... Fuh... penat aku berlari satu sekolah!" Younghoon ketawa terbahak bahak melihat wajah cemberut Hyunjae
"BWAHAHAHA!"
"Ni mesti dongsaeng kau punya kerja, kan? Tak guna betul budak tu!""Eh tapi. Bona tu cantik apa? Kenapa kau tak suka dia?" Hyunjae menggeleng kepala
"Tak aku tak nak dia. Dia terlalu obses dengan aku. Rimas" Younghoon mencebik mendengar jawapan Hyunjae
"So, tak apalah single?"
"Takpelah. Takdelah aku dah kawin nanti, isteri aku cemburu aku ada ramai ex" Balas Hyunjae bersahaja
"Ye keee~ Entah entah kau sebenarnya dah ada crush. Tapi tak nak bagitahu aku" Hyunjae mengangguk
"Memang pun. Bukan semua rahsia aku boleh share dekat orang, kan? Pasal benda ni, cuma aku je yang tahu" Katanya lalu tersenyum bangga
"Eleh..."
"Tapi... aku rasa aku tahu siapa"
Younghoon mengukir senyuman sengit memandang Hyunjae lama
"Siapa? Kim Minyoung? Ew! Mati hidup balik pun aku takkan suka dia!" Balas Hyunjae lalu menggeleng kepala
Younghoon hanya diam. Senyuman lelaki itu makin melebar dengan reaksi Hyunjae
"Aku nak kena ronda bangunan. Gerak dulu"
Younghoon mengangguk sebagai tanda balasan. Membiarkan lelaki itu beredar. Senyuman masih tak lekang memandang Hyunjae yang kian menghilang
"Aku tak mention siapa siapa pun tadi... Hyunjae hyunjae..."

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉ
Фанфик" He's dead. But still breathing " Started: June 29, 2022 Ended: July 29, 2022